‘Raya 4 Suara’ menyatukan kepaduan suara daripada 4 remaja iaitu Aiman Coco, Armand Ezra, Faiz Najib dan Firdaus ML. Keistimewaan, perbezaan dan keunikan suara mereka yang tersendiri maka terhasillah lagu raya yang berkonsepkan ‘Catchy Pop’ dan ‘Rap’ yang bakal menceriakan para pendengar di pertengahan bulan Ramadan tahun ini. Lagu ini di bawah laungan Sony Music Entertainment Malaysia dan RR Music Entertainment.
Ambil masa dua minggu untuk siap
Keistimewaan lagu ‘Raya 4 Suara’, dihasilkan oleh RR Music Entertainment, dengan gubahan daripada HerdaSyira dan penulis lagu oleh HerdaSyira dan Munir Mustafa. Lagu ini mengambil masa selama dua minggu untuk menyiapkan hingga ke peringkat akhir.
Lagu ini menceritakan tentang kemeriahan hari raya bersama kaum keluarga seperti kebiasaan lagu-lagu raya yang lain tetapi kali ini mempunayai sedikit berbeza kerana cuba menonjolkan ‘trend’ terkini bagi memenuhi citarasa pengguna yang aktif di platform sosial media.
Walau bagaimanapun, rencah adab dan tradisi lagu raya lama tetap dikekalkan dan tetap menjadi keutamaan dalam menghasilkan lagu ini.
Menurut Aiman Coco, lagu ‘Raya 4 Suara’ ini seperti mimpi di siang hari kerana proses rakaman yang cepat seperti rakaman audio dan muzik video.
Pada awalnya saya sangka mengambil masa yang lama dalam menghasilkan lagu sekali muzik videonya. Rupanya prosesnya seperti sepantas kilat dan saya rasa sangat bersyukur dan teruja lagu ini bakal dikeluarkan pada pertengahan bulan Ramadan tahun ini.Semoga semuanya berjalan lancar.
Moden dan ‘catchy’
Ujar Aiman Coco, dia berterima kasih kepada RR Music Entertainment dan Sony Music Entertainment Malaysia di atas kepercayaan untuk menyanyikan lagu ‘Raya 4 suara’ ini bersama tiga orang penyanyi lagi.
Saya rasa persiapan yang kami lakukan amatlah mudah buat kami semua dari segi lagu dan liriknya yang sangat ‘catchy’ untuk didengar membuatkan kami mudah untuk menghafal. Dari segi rakamannya juga mudah dari segi masa, seolah-olah lagu ini membuahkan sinar harapan raya kali ini.
Firdaus ML pula berkata, lagu ini merupakan campuran dua elemen muzik baru dan lama. Mereka berempat berharap lagu ‘Raya 4 Suara’ mampu memberi kemeriahan kepada pendengar ketika Aidilfitri tahun ini seiring dengan lagu-lagu raya yang sedia ada.
Bagi Faiz Najib pula, ‘Raya 4 Suara’ ini moden dan ‘catchy’ tetapi masih mengekalkan elemen-elemen lagu lama dari situ pendengar dapat mengimbau pengalaman manis dalam menyambut hari raya.
Menarik walaupun dia masih mengekalkan elemen lagu raya lama, kita menginovasi dengan elemen rap supaya sesuai dengan dengan pelbagai lapisan pendengar. Selain itu, keutamaan kami agar lagu ini akan menjadi trending pada raya tahun 2023 ini.