berita

Berkualiti Premium & Melengkapi Gaya Harian, Korang Mesti Suka Pelitup Muka Callie Ni!

April 15th, 2022 | by Sya Alkaf
Kini Trendy

Penggunaan pelitup muka bukanlah lagi satu perkara asing dikalangan orang ramai. Malah, ianya kini dah menjadi sebahagian daripada keperluan asas dalam memastikan kita terlindung daripada bahaya wabak Covid-19.

Dalam usaha memerangi wabak ini, jenama Callie telah mengeluarkan pelitup muka yang min rasa memang best sangat! Rekaan pelitup Muka Callie bukan je estetik tapi juga praktikal buat penggunaan harian.

Nak tengok macam mana bergayanya pelitup muka Callie? Tengok je di skrin besar Pavillion KL!

Siapa tak tahu tentang skrin besar di Pavilion KL kan? Skrin yang sering memaparkan jenama mewah ini, kini memaparkan iklan pelitup muka Callie sebagai salah satu inisiatif untuk mengingatkan orang ramai agar tidak mengabaikan pemakaian pelitup muka terutama sekali pada musim perayaan nanti.

Menerusi paparan tersebut korang juga boleh lihat sendiri macam mana bergayanya pelitup muka Callie bila dipadankan dengan baju raya. Memang onz guys, sikit pun tak kurang seri baju raya korang tau!

Apa yang paling penting adalah ianya dijamin selamat digunakan dan memberikan perlindungan mencegah bakteria serta kuman berbahaya.

Ketahui teknologi di sebalik pelitup muka Callie di Callie Lab Pop-up @ The Starhill!

Buat korang yang nak tengok, sentuh dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang bahan yang digunakan untuk pelitup muka Callie, korang boleh berkunjung ke Callie Lab Pop-up di Level G @ The Starhill, Bukit Bintang.

Kalau ke sini korang bukan je berpeluang untuk ketahui teknologi dan inovasi di sebalik pelitup muka Callie tapi korang juga bakal menjadi antara yang terawal untuk melihat koleksi warna baru yang bakal dikeluarkan tak lama lagi. 

Ada juga tawaran istimewa dan promosi menarik menanti korang hanya di Callie Lab Pop-up yang bakal berlansung pada 18 April 2022 hingga 1 Mei 2022. Jadi, lock date korang siap-siap tau!

Sertai cabaran #SerasiBersamaCallie di media sosial untuk menangi lawatan secara ekslusif ke Callie Lab Pop-up & pelitup muka Calie!

Nak menang mudah je geng, korang hanya perlu ikuti langkah penyertaan seperti di bawah:

  1. Rakam video korang menggayakan baju raya dengan pelitup muka Callie
  2. Muat naik video Reels di Instagram
  3. Tag 3 orang teman korang untuk lakukan cabaran tersebut bersama
  4. Pastikan akaun Instagram korang ditetapkan kepada umum dan tag @callie.mask dengan #SerasiBersamaCallie
  5. Tempoh penyertaan bermula 1 April hingga 16 April 2022.

Lebih istimewa lagi korang juga berkesempatan untuk menjadi wajah yang menghiasi ruang iklan di The Starhill, Bukit Bintang! Famous uolss!

Jom min kongsikan dengan lebih lanjut tentang pelitup muka Calie

Menepati piawaian kualiti tempatan & antarabangsa

Menawarkan pelitup muka premium empat lapis dengan gred perubatan, pelitup muka Callie bukan sahaja menepati piawaian kualiti tempatan malah turut diiktiraf selamat di peringkat antarabangsa.

Setiap lapisan pelitup muka Callie dihasilkan dengan fungsi untuk melindungi si pemakai daripada terdedah kepada risiko penyebaran virus. Ianya juga dijamin selesa untuk dipakai meskipun dalam jangka masa yang lama.

Memberikan perlindungan menyeluruh & diluluskan SIRIM

Pelitup Muka Callie mempunyai kebolehan untuk menapis zarah mikro serta sub-mikron, bakteria dan virus dengan kadar perlindungan sehingga 99 peratus.

Bukan tu je, ianya turut dilengkapi dengan keupayaan hidrofobik yang tinggi untuk melindungi pemakai daripada cecair bio dan titisan.

Paling penting pelitup muka Callie mendapat kelulusan SIRIM! Haa.. Boleh pakai tanpa was-was okay. Lepas ni kalau nak borak dengan member sepejabat pun tidaklah risau sangat sebab setidaknya sebahagian besar diri korang dah dilindungi dengan pemakaian pelitup muka Callie.

Pelengkap gaya harian

Min faham sangat kalau ada yang rasa pemakaian pelitup muka buat gaya harian korang jadi kurang menyerlah sebab susah nak cari pelitup muka yang estetik dan matching dengan baju.

Tapi sekarang korang tak perlu risau lagi sebab pelitup muka Callie direka dengan rekaan yang sofistikated dan dihasilkan dengan variasi pilihan warna bagi melengkapi keseluruhan gaya supaya outfit korang sentiasa on point!

Mudah untuk didapati

Nak beli pelitup muka Callie ni mudah je geng, korang boleh buat pembelian secara atas talian di SINI ataupun singgah je kemana-mana farmasi utama berhampiran korang.

Pelitup muka Callie dijual pada harga serendah RM34.90 sahaja untuk 20 keping mask K94. Turut tersedia adalah pilihan untuk kanak-kanak yang dijual pada harga bermula RM9.00 untuk 7 keping pelitup muka.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai produk Callie atau peraduan #SerasiBersamaCallie korang boleh layari laman web Callie di SINI atau terus ke Instagram dan Facebook rasmi mereka.

SKIP THIS AD ×