
Pelakon, Que Haidar berkongsi perkara yang paling dinantikan olehnya setiap kali Hari Raya adalah peluang untuk berkumpul bersama adik-beradiknya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Karya Lama Kembali Tular, Que Haidar Rasa Dihargai – ‘Gembira Sebab Ada Yang Masih Ingat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Que Haidar Perjelas Hubungan Dengan Fazura – ‘Dia Adalah Sahabat Lama Yang Sudah Lama Tidak Berjumpa’
Kumpul adik-beradik

Ketika ditemui OhBulan!, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 46, berkata adik-beradiknya juga merupakan teman rapatnya.
Katanya, dia membesar dengan adik-beradiknya sebagai teman karib yang sentiasa ada di sisinya.
Kami sangat rapat. Kawan-kawan dari kecil yang rapat adalah abang dan kakak saya sendiri.
Saya ada 10 orang adik-beradik jadi bila nak berkumpul tu agak susah. Hari Raya baru lengkap semua dan dapat kumpul bersama.
Bercakap mengenai rutin pada Hari Raya, pelakon drama Pak Su Ammara berkata antara perkara yang selalu dilakukan adalah bergosip bersama adik-beradiknya.
Jelasnya, itu adalah antara momen terindah kerana ia mengembalikan semula kenangan manis zaman kecil bersama adik-beradiknya.
Contoh esok nak raya dan pada waktu siang tu kami bergotong-royong, kemas rumah dan lakukan apa yang patut.
Pada waktu itulah teringat zaman kecil, kiranya throwback semula. Itu adalah momen-momen yang tidak boleh dilupakan.
Peranan saya pula adalah jadi tukang gelak. Selain ketawakan orang, saya pun jadi bahan ‘membakar’ juga.








