berita

Berlakon Dalam Filem Bergenre Komedi, Yusry Akui Gementar Berlakon Bersama Pelawak Berpengalaman

April 13th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

 

Setelah sekian lama tidak muncul dalam mana-mana filem, kini Datuk Yusry tampil dalam filem bergenre komedi arahan Prof. Madya Datuk’ Dr. A. Razak Mohaideen yang berjudul Sumpahan Malam Raya.

Artikel Berkaitan: Majlis Penganugerahan Tertunda Sebab PKP, Yusry Syukur Dapat Datuk

Artikel Berkaitan: Genap 7 Hari, Lisa Surihani Dedah Nama Anak

Gementar bawa watak ‘gila-gila’

Yusry Abdul Halim mengakui berasa gementar untuk membawa watak yang diberikan selepas melihat barisan pelakon yang rata-ratanya terdiri daripada pelawak berpengalaman.

Saya gementar apabila melihat barisan pelakonnya yang terdiri daripada pelakon-pelakon komedi.

Saya bukan pelakon komedi jadi kalau saya tak bawa watak yang ‘bodoh-bodoh’ alang dan sewel sedikit itu (dengan baik), dia tidak akan menjadi serta tidak akan mengikut jalan cerita filem ini. Jadi, saya perlu ikut tempo mereka.

Saya rasa itu merupakan tanggungjawab sebagai seorang pelakon walaupun saya bukan pelakon komedi.

Kata Yusry lagi, dia sama sekali tidak mempunyai sebarang masalah untuk membawakan watak tersebut selepas mendapat sokongan dan dorongan daripada pihak pengarah yang sangat membantunya untuk menjayakan watak berkenaan.

Sebagai seorang pelakon, kita perlu ikut apa yang pengarah inginkan jadi, apa sahaja yang diinginkan Prof. Madya saya akan berikan yang terbaik.

Kadang-kadang, apabila pengarah suka akan sesuatu babak jenaka yang saya lakukan di lokasi penggambaran, dia akan meminta saya untuk terus lakukan babak tersebut. Apabila ianya terjadi maka saya tahulah yang pengarah suka akan lakonan (komedi) saya itu.

Yusry berkata demikian ketika ditemui ketika tayangan perdana filem berkenaan di GSC NU Sentral, pada malam Rabu.

Razak Mohaideen sudah seperti rakan

Ketika ditanya apakah sebab sebenar menerima tawaran untuk berlakon filem bergenre komedi seram ini, Yusry menjawab bahawa hubungannya dengan Razak Mohaideen yang seperti seorang rakan menjadi salah satu punca dia menerima untuk berlakon dalam filem berkenaan.

Saya dah bekerja dengan ramai pengarah tetapi antara filem-filem pertama yang saya lakonkan merupakan arahan daripada Prof (Razak Mohaideen). Pengalaman bekerja dengan beliau itu bukan setakat atas faktor profesionalism semata-mata tetapi dia juga saya anggap sebagai salah seorang rakan baik.

Prof merupakan antara individu paling baik dalam industri yang pernah saya kenal.  Jadi bila dipanggil (untuk berlakon) itu, saya terfikir yang saya pun dah lama tak berlakon dengan dia.

Ditambah pula dengan sebelum ini saya banyak menghabiskan waktu mengarah, saya terfikir bahawa dah lama saya tidak berlakon. Jadi bila saya habis sahaja mengarah dan Prof. beritahu saya bahawa ada watak untuk saya, saya terus katakan jom walaupun tidak tahu watak dan filem apa yang saya perlu lakonkan.

Selain Yusry, filem Sumpahan Malam Raya araha Prof. Madya Datuk’ Dr. A. Razak Mohaideen turut dibintangi pelakon-pelakon berbakat lain seperit Atu Zero, Nora Danish, Reen Rahim, Danial Zaini dan ramai lagi. Saksikan Sumpahan Malam Raya di pawagam seluruh negara bermula 22 April ini.

SKIP THIS AD ×