berita

‘Berlakon Ini Kena Beringat, Tak Payah Nak Beriya Sangat’ – Fizz Fairuz

March 2nd, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon senior Datuk Fizz Fairuz tampil bersuara mengenai kemalangan yang menimpa aktres Fasha Sandha ketika menjalani penggambaran drama berjudul Anak Tuan di Johor Bahru, Johor, semalam.

Artikel Berkaitan: Tulang Mata Kiri Patah, Bebola Mata Bengkak & Berdarah, Fasha Sandha Jatuh Di Set Penggambaran

Artikel Berkaitan: ‘Tak Ada Siapa Yang Mahukan Kemalangan Macam Ni Terjadi’ – Azhan Rani

Jangan over acting

Ketika dihubungi, Fizz mengingatkan barisan pelakon lain agar tidak berlebihan ketika menjayakan sesuatu babak. Katanya, ketika berlakon akan melibatkan lebih daripada satu pihak.

Selain itu, aktor berumur 43 tahun menyatakan ada pelbagai cara lain yang boleh digunakan bagi mengelakkan berlaku insiden tidak diingini.

Bagi saya, kita berlakon ini kena beringat, tak payah nak beriya-iya sangat. Boleh untuk melakukan babak sedemikian tapi biarlah ada persediaan sebab ada asas lakonan.

Saya faham keadaan ini tak boleh nak elak, tapi boleh rancang, tak perlu nak nampak realistik misalnya agenda baling, sepak, ke terpanjang…ada cara yang betul.

Jangan terlalu over acting sebab ia melibatkan orang lain juga. Kena ingat, kalau ada duit boleh dapatkan rawatan tapi kalau ini terjadi kepada pelakon yang tidak berkemampuan macam mana.

Tiada insurans perlindungan

Dalam pada itu, pemilik nama Fairuz Zainal Abidin menekankan tujuan dia menyuarakan isu ini kerana enggan perkara yang lebih teruk lagi berlaku.

Bahaya la, kita ini kerja sendiri. Jadi sepatutnya kena ada pelan pelindungan yang sebelum ini saya dengar ada ura-ura pihak berkaitan nak laksanakan tapi sehingga sekarang tiada khabar berita.

Kenapa saya tekankan benda ini di laman sosial, kerana tidak mahu insiden yang lebih teruk berlaku membabitkan lelaki. Selama saya berkecimpung dalam industri, saya difahamkan anak seni tiada insurans disediakan.

Kecuali kalau filem mungkin ada disediakan insurans. Kalau untuk terbitan drama, saya rasa tiada… mati katak saja la.

Sebelum ini, suami kepada aktres Almy Nadia memuat naik status di Instagram (IG) menyuarakan nasib anak seni.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×