berita

Berlakon Sedih Ketika Ditemubual, Wanita Ini Akhirnya Mengaku Lacurkan Anak 5 Tahun Sehingga Mati

January 3rd, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Ibu kepada seorang kanak-kanak 5 tahun yang dibunuh di Alabama, Amerika Syarikat 2 minggu lepas didapati telah setuju menerima bayaran untuk orang lain melakukan hubungan seks dengan anaknya.

Kristy Hoskins, 35 tahun disabit bersalah atas kes culik, bunuh dan rogol, bunuh dan liwat, serta pemerdagangan manusia terhadap anak perempuannya sendiri.

Buat laporan polis konon anak hilang

Foto: WTVM

Sebelum didakwa pihak berkuasa, Kristy membuat satu laporan polis bahawa anak perempuannya telah hilang dari rumah. Menurut laporannya, dia sedang tidur malam itu sebelum terjaga dan sedar yang anaknya, Kamarie Holland telah hilang dan pintu depan rumah telah dibiarkan terbuka.

Pihak berkuasa terus menjalankan siasatan dan dengan segera telah mengesan Jeremy Williams, teman lelaki Kristy sebagai suspek utama kes tersebut.

Lokasi Jeremy dapat dikesan di sebuah motel dan dia telah ditahan. Mayat Kamarie pula dijumpai di sebuah rumah kosong yang didaftarkan sebagai alamat rumah Jeremy.

Foto: AL.com

Jeremy didakwa atas kesalahan membunuh, membunuh ketika menculik, membunuh ketika merogol, membunuh ketika meliwat, dan kesalahan mencipta kandungan pornografi kanak-kanak.

Kristy di dalam satu temu bual oleh WTVM telah berkata dia tidak ada apa kena mengena dengan kejadian tersebut dan Kamarie merupakan satu-satunya anak yang dia ada.

Saya seorang ibu dan saya tiada kena mengena dalam apa yang berlaku. Dia merupakan nyawa saya dan saya hidup untuknya setiap hari. Dia satu-satunya anak perempuan saya.

Terima bayaran servis seks atas anak

Foto: AL.com

Beberapa minggu selepas mengakui anak perempuan itu ‘nyawanya’, Kristy didapati bersalah menerima bayaran untuk membenarkan orang lain melakukan hubungan seks dengan Kamarie yang telah menyebabkan kematian kanak-kanak 5 tahun itu.

Menurut laporan, Jeremy telah membayar Kristy sejumlah wang untuk melakukan seks dengan anak perempuannya sebelum dia merogol dan mencekik Kamarie yang didapati mati akibat sesak nafas.

Bapa kandung Kamarie, Corey Holland mengeluarkan sebuah kenyataan atas kes tersebut dan memanggil bekas isterinya itu seorang raksasa.

Dia adalah raksasa.

Seorang ibu akan melindungi dan sanggup mati demi anaknya. Keluarga kami akan terus bertarung atas kehilangan bidadari kami Kamarie. Kami akan pastikan keadilan terhadap Kamarie terbela.

Kamarie berada di bawah jagaan bapa kandungnya dan sedang melawat ibunya ketika kejadian tersebut berlaku.

Sumber: AL.com, New York Post

SKIP THIS AD ×