berita

Berlaku Di Brazil, Ibu Cerita Kisah Sebenar Di Sebalik Video Viral Anak Bergaduh Tiup Lilin

October 22nd, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Meraikan ulang tahun hari jadi merupakan antara kegembiraan buat semua orang terutama sekali kanak-kanak. Detik-detik paling berharga bagi seorang kanak-kanak adalah saat mereka dapat meniup lilin, betul tak? Seperti kejadian yang viral baru-baru ini di media sosial apabila seorang kanak-kanak mengamuk di majlis hari jadinya hanya kerana kakak meniup lilin kek miliknya. Memang lucu betul!

Bengang kakak tiup cilin

https://www.youtube.com/watch?v=KTpz-JnAuX8

Video berdurasi kurang 3 minit ini menyaksikan seorang kakak berebut meniup lilin kek milik adiknya, Maria Eduarda sehingga mencetuskan pergaduhan. Maria Eduarda bertindak menarik rambut kakaknya dua kali selepas tidak puas hati lilin itu ditiup kakaknya.

Paling mendapat perhatian netizen adalah reaksi kakaknya yang membuat muka sebaik berjaya meniup lilin itu. Lenggok bahasa badan si kakak cukup mencerminkan rasa puas di atas perbuatan tersebut menyebabkan orang ramai tidak berpuas hati. Tak kurang juga terhibur dengan kenakalan adik beradik ini.

Orang geram dengan kakak

Kejadian itu berlaku di bandar Pato Branco, di Brazil dan dirakam oleh ibunya sendiri, Gabriela Aureluk. Ibu mereka tidak sangka video yang dikongsikan di Instagram tersebut boleh menjadi viral sehingga ramai membuat meme mengenai situasi tersebut. Tak kurang juga yang geram dengan tindakan kakaknya dilihat sebagai pembuli dan perkara ini sepatutnya berlaku.

Di ruangan komen, masing-masing memberi pandangan mengenai situasi ini yang lucu. Ada yang menyamakan kejadian itu seperti dalam drama-drama sinetron dan kanak-kanak itu sesuai jadi pelakon. Macam-macam la korang..

Rilek je senyum kena tarik rambut

Macam sinetron dah

Sumber : en24

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×