berita

‘Berlinang Air Mata Tengok Wife Bersalin Seorang Diri..’

June 11th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Buat wanita yang bakal melahirkan anak tanpa suami di sisi, sudah pasti ianya suatu pengalaman berbeza apatah lagi di musim Perintah Kawalan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Mana taknya, mereka perlu berdepan cabaran menguruskan semuanya secara sendiri dan akur dengan beberapa syarat berhubung pemberian kebenaran untuk suami menemani isteri di dalam dewan bersalin.

Di Twitter, Suhaimi Satuki meluahkan rasa sebak kerana terpaksa membiarkan isteri tercinta berjuang seorang diri melahirkan zuriat pertama mereka.

Bertahun tak menangis

Menurut Suhaimi, isterinya dijangka bakal bersalin 18 Jun ini. Namun, pada 9 Jun, mereka terpaksa bergegas ke klinik berdekatan untuk melakukan pemeriksaan lanjut memandangkan isterinya sudah mengalami kontraksi. Jelasnya lagi, doktor memberitahu bahawa bukaaan rahim sudah 4cm.

Sebaik mendengar berita tersebut, Suhaimi memberitahu dia telah menghantar isterinya ke hospita. Perasaan sebak mulai timbul apabila dia tidak dapat menemani isteri di hospital.

Selamat bersalin

Semalam, Suhaimi memberitahu bahawa isterinya selamat melahirkan bayi lelaki mereka. Tambahnya, dia sangat bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan isterinya agar terus kuat.

Sumber: Suhaimi Satuki

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×