berita

Berlumuran Darah Ke Balai Polis Konon Rumah Kawan Dirompak Tapi Sebenarnya…

September 1st, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Kes pembunuhan sering kali mencuri tumpuan masyarakat terutamanya apabila melibatkan kes berprofil tinggi. Seperti perkongsian bekas peguam mahkamah tentera, Sir Kamarul, dia menceritakan kembali kisah di sebalik kejadian pembunuhan kejam yang dilakukan oleh seorang inspektor polis

Konon ada perompak masuk rumah

Mangsa terbaring di ruang tamu

Ketika kejadian suspek yang juga merupakan seorang inspektor telah datang ke balai polis untuk membuat laporan dan berpura-pura dengan mendakwa bahawa rumah rakannya telah dimasuki perompak. Lebih mencemaskan apabila melihat keadaan suspek pada ketika itu berlumuran dengan darah.

Pihak polis kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan mereka mendapati seorang wanita sudah terbaring di ruang tamu. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia akibat tikaman pada bahagian dadanya.

Eksibit musnah dalam kebakaran

Sementara itu, pihak forensik pergi ke lokasi kejadian untuk mengumpul ke semua eksibit atau barang kes dan dihantar ke makmal untuk dianalisis. Tetapi malangnya, pada tahun 2013 Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau mengalami kebakaran dan barang kes juga telah musnah dalam insiden tersebut.

Bunuh mangsa gara-gara cemburu

Difahamkan, insiden pembunuhan ini berlaku disebabkan faktor cemburu. Mangsa dan suspek mempunyai hubungan yang sangat akrab tetapi dalam masa yang sama mangsa sedang bercinta dengan orang lain. Oleh hal demikian, suspek yang terlalu cemburu dengan perhubungan itu telah bertindak diluar kawalan sehingga tergamak membunuh rakannya. Hasil daripada siasatan pihak forensik, mereka menemui DNA suspek pada eksibit yang dikumpul di lokasi kejadian.

Suspek rancang pembunuhan

Temui DNA 4 lelaki ‘misteri’

Oleh itu, mahkamah juga memutuskan suspek bersama-sama 4 orang lelaki ‘misteri’ turut berada di lokasi kejadian berdasarkan penemuan DNA pada eksibit. Tetapi identiti mereka tidak dapat dikenalpasti.

Suspek dibebas dari tuduhan membunuh

Elemen pembunuhan berjaya dibuktikan

Sehingga kini, identiti 4 orang lelaki itu kekal misteri dan ada Jun 2020, suspek didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Difahamkan, peguam bela akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan tidak lama lagi.

Sumber: Sir Kamarul

SKIP THIS AD ×