berita

‘Bermain Di Syurga Sayang Tunggu Mama Ayah..’ – Keluarga Sebak Anak Kecil Meninggal Dunia Akibat Kanser

July 23rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Nur Lydia Rose Hafieza

Tidak dinafikan kehilangan individu yang kita sayang merupakan satu fasa yang sukar untuk diterima. Namun, sebagai hambaNya kita perlu akur dan reda dengan setiap ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Artikel Berkaitan: ‘Berehatlah Cinta Hati Sayang…’ – Baru Sebulan Kahwin, Wanita Reda Suami Pergi Buat Selama-Lamanya

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Maaf Kami Terpaksa Rahsiakan..’ – Anak Sebak Hanya Tahu Mak Meninggal Selepas Kebumi

Artikel Berkaitan: ‘Baru Nikah 4 Bulan Lebih…’ – Suami Akur Kehilangan Isteri Hidap Kanser Di Bulan Penuh Keberkatan

Seperti perkongsian seorang ibu menerusi beberapa di hantaran di laman Facebook, dikenali sebagai Nur Lydia Rose Hafieza berkongsi momen ‘perit’ dan perlu akur apabila anak tersayang sudah dijemput Sang Pencipta. Anaknya yang dikenali sebagai Abid difahamkan menghidap kanser dan sel kanser tersebut sudah pun merebak sebelum meninggal dunia.

‘Selamat hari raya sayang’

Foto: Nur Lydia Rose Hafieza

Ujar wanita cekal ini, anaknya dijemput pada hari yang penuh istimewa dan barakah iaitu pada malam Hari Arafah. Tulisnya lagi, dia sudah pun reda dengan apa yang telah terjadi dan berasa ‘lega’ kerana sempat menguruskan sendiri jenazah arwah anaknya.

Alhamdulilah Abid pergi di malam Arafah & malam raya korban. Boyfriend mama, Selamat Hari Raya Sayang. Handsome Abid pakai baju raya raya korban. Mama korbankan kasih sayang mama untuk pulang balik Abid pada yang BerHak. Bermain di syurga yer sayang tunggu mama ayah. Tarik mama ayah ikut Abid yerr.

Mama ikhlas mama reda adik balik pada kekasih abadi. Mama puas jaga adik sampai hujung nyawa adik. Mama puas sebab tangan mama sendiri yang uruskan adik dekat hospital dekat rumah. Mama kesian tengok adik sakit lama-lama. Sebab tu mama bagi adik balik ke tempat asal adik . Tempat yang akan kita sekeluarga berkumpul kelak insyallah. Bila kita reda ikhlas dan puas dengan apa kita buat insyallah. Kita mampu senyum kadang-kadang menangis tu sebab rindu.

Berbicara lebih lanjut, wanita ini menceritakan dia tidak sanggup lagi melihat anak tersayangnya menanggung kesakitan dan yakin terdapat hikmah dengan setiap apa yang telah berlaku.

Foto: Nur Lydia Rose Hafieza

Pada masa yang sama, wanita ini juga turut berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantunya ketika proses pengebumian dilakukan.

Mama bukan mama yang terbaik untuk adik. Tapi mama semampu mungkin korbankan hidup mama untuk uruskan adik. Tapi perancangan Allah S.W.T. sebaliknya Allah S.W.T. nak bagi tiket mudah untuk kita semua ke syurga melalui Abid.

Terima kasih sayang untuk ganjaran ni. Mama sayang Abid dunia & akhirat. Abid memang tiada ganti, semoga mama diberi kekuatan untuk jalani hari-hari selepas ini tanpa Abid di sisi mama. Terima kasih pada yang terlibat.

Live penuh:

Sumber: Nur Lydia Rose Hafieza

SKIP THIS AD ×