berita

Bermula Dari YouTube, Kini Pemilik Kedai Bakeri – Korang Kena Baca Kisah Pemilik My Mum’s Bakery Ni!

December 1st, 2020 | by Azyan
Insiprasi

Dunia digital kini tersangatlah luas, ada macam-macam perkara yang korang boleh cari. Dari sebesar-besar perkara hingga sekecil-kecil benda, semuanya dihujung jari. Kalau korang tiba-tiba rasa nak masak atau buat apa-apa, search je mesti jumpa punya!

Samalah macam Anne Idris, pemilik My Mum’s Bakery ni! Pada mulanya, beliau hanya belajar dari YouTube je macam mana nak hasilkan kek dengan betul dan sebagainya, sekarang dah ada perniagaan kek yang sangat dikenali! Walaupun pernah muflis, Anne berjaya mencari cara untuk kembali bangkit. Jom baca kisah beliau!

Pernah miliki sebuah kedai tapi selepas muflis, Anne mula berniaga secara digital!

Berniaga ni memang normal la ada hari dekat atas ada hari kita di bawah. Sama macam Anne juga, beliau pernah jatuh bangkrap pada permulaan perniagaan ketika berniaga secara offline.

Anne mula berniaga secara online dengan mempromosikan hasil tangan beliau di Facebook dan Instagram. Bukan itu saja, Google My Business juga membantu beliau untuk mudah dihubungi dan pelanggan dapat membuat pesanan dengan mudah.

“Harus peka, melihat dan mendengar sesuatu yang baru dan terkini”

Menurut Anne, sebagai pemilik perniagaan, kita harus sentiasa mencuba perkara yang baru dan tidak duduk ditakuk yang sama untuk tempoh yang lama.

Seiring dengan perkembangan teknologi, ramai pengguna lebih memilih perkhidmatan online daripada ke kedai. Jadi untuk permulaan, korang boleh cari platform digital yang percuma dahulu untuk memperkenalkan produk.

Apa cabaran, rintangan atau kegagalan yang Anne tempuhi?

Kisah RM5 Anne pernah tular, di mana selepas menghabiskan sebanyak RM150,000.00 untuk merenovasi kedai, perniagaan Anne bangkrap dan beliau hanya tinggal RM5 saja.

Berbakikan RM5 dengan hutang kedai yang banyak, Anne menggunakan wang tersebut untuk belikan ibunya nasi ayam. Keesokkan harinya, beliau meminjam beras dari jiran dan terus ke cyber cafe bagi mencari peluang untuk terus berusaha menaikkan perniagaan beliau.

Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® boleh bantu korang pelajari kemahiran baharu!

Melihat bagaimana Anne menggunakan Google My Business dan online platform yang lain mesti buat korang nak tahu apa kegunaanya dan macam mana nak buat untuk perniagaan korang kan?

Ha, MAGGI dengan kerjasama Google Malaysia telah pun menganjurkan Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® menerusi Women Will, sebuah program Grow with Google, pada bulan September dan Oktober lepas.

Tahukah korang? Seramai 905 wanita dari seluruh Malaysia telah menyertai Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® untuk meningkatkan kemahiran wanita dengan membina keyakinan diri, kemahiran digital dan keusahawanan serta kemahiran memasak.

3 peserta bertuah akan dipilih untuk dimentorkan oleh Datin Paduka Eina Azman, Sheila Rusly & Anne Idris!

Tiga orang mentee akan dipilih dari kalangan peserta bengkel untuk menerima bimbingan peribadi bersama usahawan dan personaliti yang berjaya seperti Aktres, Usahawan, Penggemar Makanan dan Duta bagi MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman; Pengarah, Penerbit, Aktres dan Pemilik The Dim Sum Place KL, Sheila Rusly dan Ikon Usahawan Muda Tahun 2019 dan Pemilik My Mum’s Bakery, Anne Idris!

Wahhh memang peluang terbaik ni. Mana nak dapat peluang best macam ni kan?

Level-up skill memasak korang dengan MAGGI® ! Mesti lagi sedap!

Dalam bengkel ini, 3 modul utama telah difokuskan untuk membina kesedaran dan keyakinan diri, memperoleh keterampilan dalam menjalankan perniagaan serta meningkatkan kemahiran memasak.

Para peserta juga telah diberi peluang untuk mempelajari kemahiran memasak yang baharu oleh Chef MAGGI®, Chef Muluk. Semasa bengkel berlangsung, beliau turut mengambil peluang untuk membimbing peserta tentang keselamatan makanan, penyediaan makanan dan proses penyimpanan serta cara untuk menyediakan makanan dalam jumlah yang banyak bagi mencapai skala ekonomi.

Antara resipinya ialah:

1) Ikan Cencaru Sumbat Sambal

2) Tumisan Kacang Panjang & Telur

3) Nasi Goreng Cina

Yakin dan tekad dengan hobi baru korang bersama MAGGI® !

Menu-menu ni nampak mudah tapi kalau tak kena teknik yang betul, boleh jadi tak berapa sedap tau. Sebab itulah korang kena belajar dengan mereka ni! Confirm power lepas ni!

Korang juga boleh jadikan memasak sebagai hobi baru tau. Jangan takut kalau masakan korang tak menjadi. Yang penting, korang kena yakin dan berani!

Keluar dari zon selesa dan cabar diri korang. Perubahan yang positif pasti akan buat hidup korang lebih bermakna dan akan memberikan impak yang berbeza dalam kehidupan korang, percayalah!

Untuk maklumat lanjut mengenai Tak Kenal Tak Cinta dan Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® yang akan datang, korang boleh layari laman web MAGGI® atau Facebook mereka sekarang!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×