Seperti yang diketahui, berniaga merupakan salah satu pekerjaan yang sangat dituntut dalam Islam. Perniagaan juga menjanjikan untung yang berlipat kali ganda bagi mereka yang berusaha. Namun, bukan senang untuk menjadi senang.
Di Facebook, seorang lelaki yang merupakan peniaga nanas di kaki lima meluahkan rasa tidak senang dengan trend ‘perniagaan’ yang menggunakan taktik mengemis simpati. Kebanyakan daripada mereka, duduk dengan meletakkan keropok-keropok dan barang berniaga di lantai.
Lebih untung ‘perniagaan’ simpati
Akal, emosi dan sentimen
Salah satu perniagaan aku ialah menjual buah nanas MD2, nanas potong MD2 dan Jus Nanas MD2 100%. Aku seronok dan tidak segan untuk menjual nanas di jalanan dan kaki lima. Melalui berniaga di jalanan dan kaki lima, aku dapat melihat dan merasai sedikit sebanyak perit jerih peniaga jalanan dan ragam-ragam pelanggan. Pengalaman aku berniaga di kaki lima Maybank Seksyen 9 BB Bangi, aku dapat melihat betapa lebih menguntungkan mencari ‘perniagaan’ berupa SIMPATI dan sentimen.
Lebih kurang jam 8.30 malam, setiap kali aku sampai ke Maybank untuk berniaga, akan kelihatan 2 orang dari Selatan Thai yang berpangkat pakcik dan makcik memakai kopiah, kain pelekat, tudung labuh dan sanggup duduk langsung di atas lantai kaki lima. Memang nampak kesian. Berkesan sungguh emotional effect pada orang lain hanya dengan taktik duduk direct atas lantai. Padahal kotor lantai tu. Yang makcik tu akan letaklah keropok-keropok (tak berkualiti dan murahan) atas lantai. Tak susun elok-elok pun, macam tak minat jual sangat pun. Yang pakcik pula, bawa bam (takde kualiti dan murahan) dalam beg kecil kononnya sebagai barang perniagaan. Harga yang dijual RM10 sangat tidak setimpal dengan kualiti barang yang dijual. Mereka sentiasa datang awal dan akan port betul-betul di kiri kanan pintu masuk bank. Terpaksalah aku pergi jauh dari lokasi strategik yang mereka sudah ambil. Mereka boleh berbahasa ‘kelate’ dan akan cuba create ‘small talk’ dengan aku mungkin sebab segan dengan kehadiran anak tempatan yang mencari rezeki berniaga di tanah air sendiri.
Ada je yang mencampakkan duit
(Sekadar gambar hiasan)
Setelah aku bersedia untuk memulakan proses menjual produk Nenas2ku, kagum aku melihat ‘perniagaan’ berteraskan simpati Pakcik Makcik itu begitu laris. Boleh kata ada saje pelanggan yang ‘mencampakkan’ 10 ringgit, 5 ringgit kepada mereka. Yang lebih menakjubkan, pelanggan tidak mengambil apa-apa pun barang jualan mereka. Ajaib sungguh. Duit masuk, barang tak keluar. WOW!
Sedang aku pula, walaupun nenas MD2 aku sedap, berkualiti, value for money dan hanya dijual pada harga RM6, pelanggan akan bertanya macam-macam dan membuat muka serius sebelum membeli. Itupun hanya dibeli setelah aku berjaya memberi layanan dan penerangan yang dapat meyakinkan mereka.
Ada juga insiden di mana, seorang pelanggan muslimah siap berniqab ini baru keluar bank dan terus meluru ke booth nenas ku, ku sangkakan nak beli nenas, rupa-rupanya nak tukar duit saje. Tanpa berfikir, aku pun menukarkan duit RM10 dia kepada RM5 dua keping. Ingatkan untuk apa, rupanya diberikan RM5 itu kepada setiap seorang Pakcik dan Makcik bersila atas lantai itu tanpa mengambil satu barang jualan pun. Takde pun dia nak beli satu pun jualan Nanas ku. Takpelah.
Dari jam 8.30 sehingga 9.30 malam, aku anggarkan pendapatan PakCik Makcik itu boleh mencecah RM150 setiap seorang. Sungguh lumayan. Hanya dalam 1 jam. Sedang aku masih terkial-kial nak buat sales RM30 sahaja pun. Penat berdiri, menyusun buah, mengelap botol yang basah dan lain-lain. Seronoknya ‘perniagaan’ mereka.
Berniaga bukan mudah, kena usaha
(Sekadar gambar hiasan)
Ada sekali tu, duit tukar aku dah habis, jadi aku risau tak dapat nak bagi duit tukar pada pelanggan nanti, jadi aku minta pada pakcik dan makcik tu nak tukar note 50 aku sebab aku tahu mereka dapat banyak duit note 10 dan 5. Yang menyedihkan, mereka kata takde dan tak dapatlah aku tukar duit dengan mereka. Nampak sangat menipu. Aku rasa mereka telah dilatih untuk tidak bagi kerjasama sebab nanti ‘kantoi’ la mereka dapat banyak duit. Setelah beberapa kali aku berniaga di situ, aku dapat rasakan mereka rasa ‘tak sedap’ sebab mereka tahu aku tahu ‘taktik’ mereka dan pendapatan mereka. Mereka cuba berbaik-baik dengan aku, biasalah sembang-sembang tanya itu ini. Kadang-kadang macam kenen-kenen nak makan free. Maaf, aku tak dapat bagi. Dia mampu beli sebab dapat duit banyak. Cuma taknak beli supaya nak kekal nampak susah dan nampak kesian. Sedang aku yang penat berusaha nak proses nanas-nanas tu lagi, nak berniaga lagi, tiada siapa nak kesian.
Jadi aku layan gitu-gitu je mereka dan ada sekali tu aku bagi penegasan sikit (indirect) yang aku berniaga bukan mudah, kena usaha lebih, ada proses. Bukan senang nak dapat duit orang. Pakcik tu terasa. Terus bangun blah. Malu kot.
Aku perati, dekat-dekat jam 12 malam (ATM tutup), akan sampai satu TOYOTA HILUX plate Thailand. Parking jauh sikit, nak sorok-sorok le tu. Dan disuruh seorang budak kecik untuk pergi ke Pakcik dan Makcik tu. Macam messenger la. Supaya tak nampak pemandu Hilux tu. Pakcik dan Makcik tu pun akan berjalan menuju ke Hilux tu membawa hasil yang lumayan. Dan berlalu pergilah bisnesman dan bisneswoman hebat dari Selatan Thai itu. Esok kemari lagi dari siang sampai ke malam. Hasil perniagaaan mereka akan dibawa ke tempat mereka tanpa memberi apa-apa faedah kepada anak-anak jati Malaysia yang masih ramai yang susah dan gigih berusaha siang malam.
Bisnes model menagih simpati dan ‘agama’ sangat berjaya di dalam pasaran orang Melayu di serata lokasi. Orang Melayu memang ‘cerdik’.
Meminta-minta bukan sunnah
(Sekadar gambar hiasan)
KOPIAH
Muka aku sebijik macam Cina. Orang Cina pun ingat aku Cina. Jadi, kalau aku jaga booth aku, orang Melayu tengok atas bawah dari jauh. Payah nak singgah membeli. Apa nak buat. BMF punya ‘kejayaan’.
Jadi, walaupun aku paling tak suka ‘menunggang’ agama, aku terpaksa pakai kopiah semasa berniaga. Analisa aku menunjukkan, jumlah sales sangat jauh berbeza apabila aku memakai kopiah dengan apabila aku tidak berkopiah. Sales jatuh teruk apabila aku tertinggal kopiah aku kat rumah. Pelik. Produk aku kualiti dan halal tetap yang sama tetapi Sales figure berbeza apabila berkopiah dan tak berkopiah. Hahaha. Giler!
Penat aku menulis, namun aku yakin pasaran orang Melayu akan terus ‘cerdik’ mengkayakan orang Selatan Thai, orang Pakistan berjubah dan berjambang, orang Afganistan berjubah, penunggang agama dan watak-watak kesian. Tidak menilai melalui kualiti, kebersihan dan harga barang yang dibeli. Patutlah sehingga harini orang Islam ke, Melayu ke masih belum dapat membuat kapal terbang sendiri, kereta sendiri, basikal ke, handphone sendiri ke, waima seluar dalam sendiri pun belum lagi. Sebabnya, buat apa susah payah buat dan keluarkan teknologi sendiri. Kan lebih syok duduk atas lantai dan menadah tangan mengaut untung.
Dan aku juga yakin, selagi orang Islam meminta-minta, menipu dan masih tidak ‘cerdik’ di dalam memberi sedekah atau membeli, umat Islam akan terus mundur. Buktinya ialah, mana ada negara-negara maju seperti Jepun, Korea, Switzerland, Denmark, Australia dan lain-lain yang rakyatnya akan menyusun strategi, taktik dan meminta-minta dan menagih simpati.
Berniaga itu SUNNAH. Meminta-meminta bukan SUNNAH.
Gunakan akal kita. Bukan hanya emosi.
Sumber : Moreeza Mohamad