Ninso buka cawangan baru lagi korang. Tertanya-tanya kawasan mana yang bertuah tu, Kawasan yang admin maksudkan tak lain tak bukan, Selayang…
Kebetulan, sebelum ni ramai warga Selayang tertanya-tanya bila Ninso nak buka dikawasan diorang, maka kali ni min nak share berita gembira yang Ninso cawangan Selayang dah buka bermula hari ini guys. Ianya Cawangan pertama Ninso yang beroperasi 24 jam sehari.
Prihatin kan Ninso? Ye la, sebelum ni banyak sangat yang cakap tak sempat nak singgah. Bila dah buka 24 jam ni, mudah la korang nak singgah shopping. Bila-bila pun boleh datang.
Bagi korang yang masih tak familiar dengan Ninso, Ninso ni sebenarnya supermarket yang menawarkan barangan pada harga RM2.10 sen sahaja. Ye semuanya cuma RM2.10 sen. Macam-macam tau korang boleh beli dekat sini antaranya botol air, bekas makanan, makanan rinan, sabun basuh kain, sabun mandi, selipar, barang perhiasan dan macam-macam lagi.
Confirm excited nak shopping, dekat Outlet pertama yang beroperasi selam 24 jam, betul tak? Baik mengaku…
Ninso Selayang Tempat Baru Nak Shopping!
Siapa sangka yang Ninso akan berkembang sepantas ini kan? Kalau Disember lalu diorang dah buka cawangan di Shah Alam kali ni, diorang kembangkan lagi sayap perniagaan diorang ke Selayang. Ini merupakan Outlet pertama yang beroperasi secara 24 Jam! Semuanya bagi memenuhi permintaan dan sokongan yang korang berikan kepada diorang.
Jadi, pastikan korang tak lepaskan peluang untuk singgah ke Ninso Selayang pada 17 Januari 2020 dan grab segala barang yang korang nak. Min jamin, korang puas hati dan inilah masanya nak membeli tanpa perlu hiraukan price tag sebab semuanya cuma RM2.10 sen!
Seperti yang min dah mention tadi, waktu operasi Ninso di Selayang ni adalah 24 jam. Shopping la sampai korang puas sebab kedai tak tutup pun. Tak nak balik, nak berkampung dekat situ pun boleh.
Barang tersusun dan mudah nak cari!
Korang jangan pernah ada keraguan tentang outlet Ninso 24 jam. Walaupun harganya barangannya murah tapi servis yang diorang berikan memang tiptop. Bayangkanlah setiap barangan disusun dengan rapi bagi memudahkan urusan korang membeli-belah dari semasa ke semasa.
Diorang bahagikan setiap barangan mengikut seksyen tertentuMenariknya, tentang Outlet Ninso dekat Selayang ni ialah keluasan dan susun atur barangan diorang. Setiap barangan disusun mengikut jenis dan kategori. Ianya terletak dengan rapi. Mudah korang nak cari barangan yang korang perlukan.
Like dan share untuk menang hadiah percuma!
Sempena dengan pembukaan outlet Ninso dekat Selayang, Ninso sediakan pelbagai hadiah untuk korang semua. Produk yang diorang tawarkan sebagai hadiah kali ni cukup menarik antaranya belon, syampu Rejoice, BARBIE WAFER ROLL COCOA & VANILLA, Snek berperisa ayam, Barley mint candy, makanan berjenama Layang dan hamper.
Nak tahu macam mana nak menang semua hadiah tersebut? Korang follow je step dibawah ye.
1. Like artikel ni.
2. Jangan lupa share artikel ini tau (public post)
3. Singgah ke Ninso Selayang dan tuntut hadiah korang disana.
** Tertakluk pada terma dan syarat
**Sementara stok masih ada
Bagi korang yang berbelanja RM20 dan keatas didalam satu resit, korang akan dapat satu botol minuman berperisa Laici F&N. Manakala bagi korang yang spend RM50 dan ke atas, korang akan terima satu free token untuk digunakan di toys Vending Machine disana. Macam-macam toys yang gebu-gebu korang boleh dapat dekat sana.
Jadi, apa lagi yang korang tunggu? Jom serbu Ninso Selayang! Ni la masanya nak go shopping sepuasnya tapi dalam masa yang sama masih jimat.
Website: Ninso WM
Facebook: Ninso WM
Tarikh pembukaan: 17 Januari 2020
Waktu Operasi: 24 jam
Alamat: Jalan PS 8/3, Taman Prima Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor.