berita

Berpisah Sejak 20 Tahun Lalu, Pasangan Kembar Ini Akhirnya Bertemu Menerusi TikTok

October 19th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Air dicincang tidak akan putus, itu peribahasa yang dapat dapat digambarkan kepada pasangan kembar Trena dan Treni yang berpisah sejak tahun 1999 apabila mereka kembali disatukan. Pasangan ini kembali disatukan menerusi aplikasi yang sering menjadi kegemaran golongan remaja iaitu TikTok. Kejadian ini berlaku di Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia.

Berpisah sejak kecil

Pasangan ini berpisah sejak Rusuhan Ambon Pecah yang berlaku pada tahun 1999 di Indonesia. Mereka yang dikenali sebagai Trena dan Treni terpisah sejak mereka berusia dua tahun. Mereka berdua terpaksa dipisahkan akibat ibu bapanya perlu menjaga ahli keluarga mereka yang sakit di kampung halaman dan pasangan kembar ini telah diasuh oleh dua keluarga yang berbeza.

Setelah rusuhan itu tamat, Trena telah dibawa pulang untuk kembali tinggal bersama ibu bapa kandungnya. Namun, malangnya Treni tidak dapat dijejaki semula kerana ibu bapa angkatnya kehilangan maklumat mengenai keluarga kandungnya. Treni ketika itu tidak menyangka dia memiliki saudara kembara, manakala Trena sudah diberi tahu memiliki saudara kembar sejak kecil lagi.

Usaha mencari

Trena pernah mencari pasangan kembarnya menerusi beberapa platfom di Youtube dan sosial media namun tindakannya ketika itu tidak membuahkan sebarang hasil. Sehinggalah pada satu hari dia menggunakan aplikasi TikTok untuk mengisi masa lapangnya. Mereka ditemukan secara tidak sengaja apabila video TikTok yang dihasilkan Treni menyerupainya, dan video tersebut dihebohkan oleh jirannya sendiri.

Dia (Trena) ketika itu hanya menganggap itu hanyalah orang yang mempunyai muka iras-iras sepertinya. Namun, musykil dengan apa yang diperkatakan oleh jirannya, Trena bertindak menghantar pesanan kepada Treni bagi mendapatkan kepastian mengenai asal usulnya dan bertanyakan banyak soalan bagi mendapatkan kepastian.

Mesej demi mesej yang dikirim, akhirnya segala spekulasi terjawab apabila Trena menghantar gambar mereka sejak kecil dan ibu angkat Treni mengakui akan perkara tersebut dan meminta maaf kerana menyembunyikan perkara tersebut selama ini.

Kembali disatukan

Kini, Treni akan berjumpa Trena dan keluarga besarnya di Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia. Treni akan berangkat dari Blitar, Jawa Timur pada Rabu ini. Ketika disoal wartawan, Treni sendiri begitu teruja untuk kembali berjumpa dengan keluarga kandungnya setelah sekian lama terpisah.

Sumber: Tribun Medan Treni Fitri

SKIP THIS AD ×