berita

Berpuasa, Amber Chia Bakal Ikut Jejak Felixia Yeap?

June 16th, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trending

Screen Shot 2015-06-16 at 2.20.52 PM

MasyaAllah cantiknya bila kami tengok model terkenal, Amber Chia berhijab. Berterabur iman jantan-jantan di luar sana tengok imej Amber Chia bertudung..

Walaupun Amber Chia bertudung hanya atas urusan kerja, Amber mendapat reaksi yang positif dari netizen terutamanya umat Islam. Dengar cerita Amber nak puasa penuh pula untuk Ramadhan tahun ni? Hurm.. Adakah Amber Chia akan ikut jejak Felixia Yeap?

Nak rasa sendiri pengalaman bagaimana jika tiada makanan

Screen Shot 2015-06-16 at 2.21.09 PM

Memandangkan bulan Ramadhan lagi sehari dua je lagi, Amber Chia berazam ingin berpuasa penuh pada kali ni. Menurut Amber, dua tahun lepas Amber pernah rasa pengalaman sendiri berpuasa tetapi hanya 10 hari je.

Ya, tahun ini saya mahu cuba berpuasa selama 30 hari. Saya nak rasa sendiri pengalaman bagaiamana jika tiada makanan. Selain itu, berpuasa ini sebenarnya bagus juga sebagai amalan berdiet.

Saya sebenarnya tidak kisah jika tidak makan cuma saya tidak tahan dahaga. Dua tahun lalu saya ada cuba berpuasa, cuma saya jadi sangat tidak bermaya kerana terlalu dahaga.

Namun, pada tahun ini saya mahu cuba lagi. Saya juga mahu rasa pengalaman bangun bersahur.

Haa.. nampak walaupun pernah puasa 10 hari je tapi nampak effort Amber nak rasa sendiri macam mana tahan nafsu nak makan masa puasa.

Moga-moga azam Amber tercapai lah ye? Kalau penuh memang salute la! Iya lah orang kita kalau puasa pun tak semuanya puasa penuh kan? Huhuu

Sumber berita: MalaysianDigest

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×