Seorang lelaki ditahan pihak polis selepas dipercayai melakukan hubungan seks dengan anak tirinya sendiri.
Artikel Berkaitan: Remaja 13 Tahun Nekad Lari Rumah, Dakwa Ibu Kandung Izinkan Bapa Tiri ‘Ratah’ Sampai 3 Kali
Seorang wanita turut ditahan
Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, seorang wanita yang diberkas sebelum ini berhubung kes amang seksual di Puncak Alam turut ditahan bagi membantu siasatan.
Difahamkan, penahanan lelaki warga tempatan berusia 30-an itu dibuat susulan laporan polis yang dibuat mangsa berusia 15 tahun.
Wanita tersebut turut ditahan kerana dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu.
Siasatan dijalankan mendapati kejadian itu berlaku di sebuah hotel pada Januari lalu dan polis akan mendapatkan perintah reman melibatkan kedua-dua suspek pada Khamis.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber: Sinar Harian