Baru-baru ini, tular video memperlihatkan aksi lincah penyanyi dan pelakon Ayda Jebat yang membuat persembahan di sebuah festival makanan di saat dirinya sedang sarat hamil.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ayda Jebat Masih Bertenaga ‘Perform’ Ketika Hamil 7 Bulan, Netizen Pula Risau
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabil Mahir Mohon Maaf, Akui Tersalah Cakap – ‘Saya Nak Cakap Bersungguh Bukan Berpeluh’
Susulan penularan video tersebut, Ayda atau nama sebenarnya Nur Shuhada Jebat telah menerima kritikan netizen apabila mereka meluahkan rasa risau mengenai keselamatan bayi di dalam kandungan.
Lepas gian
Terbaharu, Ayda menerusi hantaran di Instagram berkata dia mengambil maklum mengenai respons netizen dan menyatakan orang ramai tidak perlu risau tentang kandungannya kerana semuanya berada dalam keadaan baik.
Saya bersenam sikit haritu. Turun je pentas, Nabil (suami) cakap ‘bukan main lagi eh bila dapat mikrofon! Lupa ke mengandung?
Semua jangan risau, alhamdulillah saya and baby okay dan belum tujuh bulan sarat mengandung ya! Lima bulan lebih.
Doakan semuanya baik baik saja ya! Hehe, sorry. Lepas gian. Lama tak buat persembahan.
Dalam masa sama, pelantun lagu Pencuri Hati itu berasa terharu apabila ada segelintir pihak yang mengambil berat tentang dirinya.
Apabila membaca komen saya terus rasa bersalah dan memikirkan semual bahawa tidak sepatutnya beraksi selincah itu.
Alhamdulillah saya dan bayi semuanya baik-baik sahaja. Terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan kebaikan saya dan anak dalam kandungan.
Sumber: Instagram