berita

‘Berserah Pada Ketentuan Allah’ – 14 Tahun Tidak Dikurniakan Anak, Mark Adam Tidak Pernah Terkilan

October 8th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Semalam merupakan majlis sambutan hari jadi Mark Adam yang ke -38. Majlis yang bertempat di De Laman, Bukit Jelutong, Selangor itu dihadiri oleh lebih 50 kenalan, keluarga dan kelab peminatnya termasuk anak-anak pasangan Shuib dan Siti Sarah yang sangat manja dengannya.

Mark Adam sudah mendirikan rumah tangga bersama Norazah Redzuan selama 14 tahun namun belum dikurniakan rezeki anak lagi. Walau bagaimanapun, menerusi Astro Awani dia tidak pernah tertekan soal ini dan bersedia menerima anak angkat.

Tidak pernah terkilan

Kami masih berusaha dan mencuba sehabis baik untuk mendapatkan zuriat namun semuanya sudah ditentukan, kami berserah pada ketentuan Allah. Tidak pernah saya marah, sedih atau terkilan kalau ditanya perkara ini (anak) sebab semua pun ingin tahu tentang kehidupan peribadi saya.

Sebelum ini kami pernah dikurniakan anak angkat namun rezeki tidak menyebelahi kami apabila ada beberapa perkara yang tidak diingini. Biarlah kami simpan kisah itu dan tak perlu diungkit-ungkit lagi. Namun, kalau ada yang ingin memberikan kami anak angkat, saya akan terima dengan hati terbuka.

Menurut Mark Adam dia tidak pernah terkilan jika ditanya soal anak. Sebelum ini, Mark Adam dan isteri pernah mengambil anak angkat tapi mempunyai sedikit masalah. Kita doa yang baik baik buat mereka sekeluarga. Semoga diberikan rezeki anak. Inn sha Allah.

Tidak pernah diraikan sebegini

Saya tidak pernah diraikan sebegini, memang terkejut dan terharu apabila tiba-tiba semua menjerit ‘surprise’ kepada saya. Patutlah sehari dua ini isteri saya kelihatan mencurigakan. Rupa-rupanya ada agenda yang dia sembunyikan daripada pengetahuan saya.

Tiada apa yang saya hajatkan sempena usia baharu saya 38 tahun ini melainkan kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga saya terutama ibu dan isteri saya

Kejutan hari jadi Mark Adam semalam adalah hadiah istimewa dari isterinya. Mark Adam sendiri tidak sangka agenda ‘suprise itu. Tambahan, Mark Adam turut mendoakan kesejahteraan buat diri dan keluarganya.

Sumber : Astro Awani

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×