Radang sinus atau lebih dikenali sebagai resdung sering menyerang rongga hidung apabila berlakunya jangkitan kuman. Antara faktor utama yang menyebabkan penyakit ini adalah virus, masalah struktur hidung, pencemaran udara dan alahan pada habuk. Penyakit ini menjadi bahaya apabila tanda-tanda seperti sakit kepala kronik, bisul pada sinus maxilar, dan radang sinus kronik mula timbul.
Seperti pengalaman yang dikongsi wanita ini, resdung menjadi teruk sejak beberapa bulan lepas apabila dia mula hilang deria rasa dan bau.
Hilang deria bau dan rasa
Thanks for the doa everyone. Sorry tak dapat nak reply semua.
Untuk yang bertanya, sis selamat menjalani minor operation (Functional endoscopic sinus surgery); ataupun bahasa yang senang nak faham is pembedahan resdung. Masalah sis ni dah lama, bertahun-tahun, bukan tak pi berubat tapi dah tak larat nak pi brubat merata dah. So 3 months back, jadi makin teruk, bila sis hilang deria BAU & RASA.
Lepas buat ct scan memang belah kiri muka sis dah blocked habis. Pada siapa-siapa yang duk selalu bersin pagi-pagi, pening-pening kepala, duk selalu berhingus tu bawak-bawak la pi check na sebab kuman sinusitis ni boleh merebak ke mata dan otak.
Ok dah habis beletiaq. Doakan sis cepat sembuh na. Thanks untuk suami, mak, abang dan adik yang tak jemu melawat dan tolong urus anak-anak.
Selepas pembedahan
4/7/2019
Ni gambaq lepas operate, baru sedaq dari bius. Doc kata memang akan bleeding sebab kat dalam rongga-rongga hidung dan muka banyak urat darah. Seram gak la sebab sis is penakut. Tapi jangan risau depa akan bagi ubat stop darah dan lain-lain. So lepas operate doc akan masukkan kapas dalam rongga hidung so nak bernafas kena guna mulut.
5/7/2019
Ni gambaq lepas doc cuci.
Sumber : Nur Amalina Abd Rahim