berita

Bersyukur Kerana Anda Frontliners! Kalau Takda Mereka Ni Mesti Susah! Apakan Lagi Ketika Tengah PKP Ni!

August 28th, 2021 | by Azyan
Kini Trending

Cuba bayangkan ketika PKP dengan pergerakan yang sangat terhad, mesti rasa lagi stress dan rasa seakan-akan semuanya terhenti. Segala urusan susah untuk dijalankan – perjumpaan bersama rakan-rakan terhad, penghantaran barang menjadi lebih lama, bisnes tergendala, dan bagi frontliners masa seperti tidak terhenti.

Selain dari para doktor, polis, askar, jururawat, para rakan penghantar ni pun frontliner juga tau. Nampak remeh tapi ramai yang tak perasan betapa besarnya pengorbanan mereka bagi membantu kita dalam kegiatan seharian dan juga bagi menjamin keselamatan kita.

Nak tau tak frontliners ni nampak je macam serius tapi sebenarnya ada sikap mereka di sebalik tabir yang ramai tak tahu. Kalau korang dengar ni, mesti korang tabik spring pada mereka.

Polis & tentera tetap bertugas, biar hujan lebat & panas sekalipun

Sejak negara dilanda pandemik, berpanas dan berhujan selain berembun dari senja ke dinihari sudah menjadi asam garam serta rutin tugas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR). Bagi mereka, ‘ala, ini biasa je’. Cool gila kan?

Petugas kesihatan tahan panas & lelah, terpaksa pakai PPE berbelas jam

Petugas kesihatan sanggup jadi benteng pertama untuk membendung penularan wabak ni tanpa mengira waktu. Dah la mereka wajib memakai pakaian perlindungan (PPE) yang disediakan demi keselamatan dan lindungi diri. Kena pakai berbelas jam, panas tu. Kita boleh gelar petugas kesihatan ni sebagai wira!

Rider sanggup makan di tepi jalan, sampai tak sempat makan pun ada

Nampak banyak motor dengan beg penghantaran makanan kat tepi jalan? Cuba intai sikit, kadang-kadang boleh nampak kakak dan abang rider ni tengah makan kat tepi-tepi tu. Mereka ni jenis tak kisah makan kat mana pun. Sampaikan tak sempat makan sebab tak sanggup biar pelanggan lapar. Power ah rider ni.

Pekerja kedai runcit kena isi bekalan dengan cepat, sanitasi kedai secara berkala setiap hari

Pekerja kedai runcit tak kurang hebatnya sebagai frontliner. Setiap hari mereka isi bekalan yang laris terjual seperti tisu tandas, telur, roti, produk dan barangan dalam tin dengan cepat. Mereka jugak perlu sanitasi setiap bahagian kedai setiap hari secara berkala. Sikap pembersih macam ni kita kena ikut.

Penghantar barang kena hadap ‘roadblock’ ni setiap hari, seram oi

Salah satu cabaran seorang delivery. Kalau tak jumpa anjing atau kena kejar dalam satu hari, memang tak sah. Boleh dikatakan ni la roadblock yang mereka perlu hadap setiap hari. Kalau korang macam mana? Sanggup ke nak hadap rasa takut tu. Abang delivery je yang berani dalam hal ni!

Korang tak rasa ke mereka ni seperti unsung hero? Sebab kan diorang la kita boleh duduk rumah dengan selamat. Memang setuju sangat tu!

Hargailah frontliner di Malaysia daripada pelbagai bidang!

Walaupun sumbangan setiap frontliner tu berbeza, tetapi tujuan mereka adalah sama, untuk membantu rakyat Malaysia dari segi perubatan, keselamatan mahupun penghantaran.

Sama seperti semua frontliner yang lain, mereka ini juga bekerja tak kira siang,malam, hujan atau pun panas. Yang penting, mereka dapat laksanakan tugas mereka dengan betul. Betul-betul respect lah dengan frontliners ni. Mereka mengutamakan orang lain dari diri sendiri. Tak ramai yang mampu untuk buat perkara macam tu tau.

Bagi meraikan jasa dan pengorbanan frontliners, Lalamove mempersembahkan sebuah video untuk menunjukkan penghargaan rakyat Malaysia kepada mereka.

Walaupun kita menyambut kemerdekaan dengan sedikit berbeza tahun ini, namun sambutan kali ini yang paling bermakna kerana kita sendiri dapat merasai dan lihat sendiri pengorbanan setiap frontliner itu. Bagaimana mereka bertarung nyawa, berjam-jam di atas jalan, di hospital, menjaga roadblock dan sebagainya. Rakyat Malaysia sangat-sangat menghargai sumbangan korang.

Jika anda menyukai video merdeka dari Lalamove ini, jangan lupa like dan share di social media anda serta tag rakan-rakan frontliners anda untuk berterima kasih dan meraikan jasa baik mereka.

Terima Kasih Frontliners, kami bersyukur kerana anda. Selamat Hari Kemerdekaan ke- 64.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×