Sejak negara dilanda pandemik Covid-19, ramai individu dilaporkan hilang pekerjaan dan kehilangan tempat tinggal. Lebih menyedihkan, jumlah rakan jalanan di ibu kota semakin bertambah disebabkan masalah kewangan yang mereka hadapi.
Bagi memastikan rakan jalanan ini tidak dipinggirkan oleh masyarakat, satu badan bukan kerajaan (NGO) telah turun padang bagi membantu golongan tersebut. Namun, di sebalik kerja amal yang dilakukan, seorang pengguna TikTok Firdaus (sukarelawan) berjaya membantu sebuah keluarga menemui semula ahli keluarga mereka yang lama terpisah.
Bertahun hilang
@firdaus_nazriAsbab dari video kami Bagi makan bertemulah seseorang yg dah lama kehilangan ??##fyp? ##foryou ##foryoupage ##viral ##gelandangan ##fyp ##malaysiatiktok? bunyi asal – MfirdausNazri
Menerusi rakaman video yang dikongsikan, ahli keluarga rakan jalanan tersebut terus menghubungi pihak NGO bagi mendapatkan maklumat berkenaan lokasi mereka. Pada masa yang sama, mereka sempat berbual menerusi panggilan video dan bertanya khabar mengenai kesihatan masing-masing. Keadaan menjadi sayu apabila pemanggil telefon tersebut tidak menyangka rakan jalanan yang merupakan ahli keluarganya itu masih lagi hidup.
Keluarga ucap terima kasih
@firdaus_nazriDOAKAN ABANG KITA NI DAPAT BALIK RUMAH HARI NI ##jemaahkongsirezeki ##fyp? ##foryou ##foryoupage ##viral ##fyp ##gelandangan ##malaysiatiktok? Conquest of Paradise – The Fan Lounge
Selepas panggilan video tersebut, pihak NGO meluahkan rasa syukur dan gembira apabila rakan jalanan berkenaan sudah pulang ke pangkuan keluarganya. Difahamkan, selepas rakan jalanan itu membersihkan diri dan kembali merapi wajahnya, ahli keluarga telah membawanya ke sebuah klinik bagi melakukan pemeriksaan sebelum membawa pulang ke rumah.
Ahli keluarga rakan jalanan tersebut turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan NGO kerana memberi bantuan serta memudahkan proses membawa pulang rakan jalanan tersebut.
Sumber: Firdaus