Pengarah dan pelakon, Farid Kamil berharap agar isterinya, Diana Danielle bertaubat sebelum terlambat.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Hilang 1, Farid Kamil Ganti Dengan 6 Cincin Baharu Buat Diana Danielle
Artikel berkaitan: Plot Twist! Farid Kamil Perjelas Isu Hutang, Dakwa Diana Danielle Hadiahkan Pakej Umrah
Artikel berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil Harap Diana Danielle Jaga Adab, Ingat Status Masih Bergelar Isteri
Takut Diana dilaknat
Menurut Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari, 42, dia sebagai suami kepada aktres itu merasa risau seandainya Diana akan ditimpa laknat akibat perbuatannya.
Bertaubatlah sebelum terlambat. Bila saya tahu apa akibat di sebalik apa yang dia buat, dia mungkin ditimpa laknat yang saya sendiri pun tak boleh ampunkan.
Sebagai manusia, saya akan maafkan Diana. Apa sahaja kesalahannya, saya maafkan sebab dia adalah isteri dan merupakan ibu kepada dua anak saya.
Farid berkata demikian sejurus selepas dia menjalani prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Selasa.
Terus usaha selamatkan rumah tangga
Dalam pada itu, bapa kepada dua orang cahaya mata itu berkata lagi, dia tidak akan berputus asa dan tetap berusaha untuk menyelamatkan rumah tangganya.
Saya tetap mahu selamatkan rumah tangga ini. Saya memang sayangkan Diana dan anak-anak.
Ditanya adakah Farid akan memaafkan isterinya meskipun pernah mededahkan Diana mempunyai orang ketiga, pelakon filem Anwar The Untold Story itu berkata, perihal terbabit biarlah mahkamah menentukan kesahihannya.
Semua benda itu akan ditentukan oleh mahkamah sebab saya hanya manusia biasa. Saya hanya bertindak sebagai suami yang cuma menuntut apa hukum hakamnnya.
Terdahulu prosiding sulh pertama telah berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Selasa. Bagaimanapun, Diana tidak dapat menghadirkan diri dan mahkamah menetapkan tarikh 25 Mei depan bagi pasangan itu menjalani prosiding sulh kedua.
Pada 20 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri. Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan menetapkan 30 Mei depan bagi kedua-keduanya memaklumkan kepada mahkamah mengenai laporannya.
Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.