Sebelum ini, pelakon Diana Danielle mendedahkan cincin perkahwinan miliknya telah hilang.
Artikel berkaitan: Plot Twist! Farid Kamil Perjelas Isu Hutang, Dakwa Diana Danielle Hadiahkan Pakej Umrah
Artikel berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil Harap Diana Danielle Jaga Adab, Ingat Status Masih Bergelar Isteri
Artikel berkaitan: Farid Kamil Beri Tawaran Berjumlah RM319,700 Termasuk Vellfire Kepada Diana, Usaha Selamatkan Rumah Tangga
Hilang sewaktu lahirkan Aurora
Susulan itu, suami kepada Diana yang juga pengarah dan pelakon, Farid Kamil menjelaskan punca sebenar kehilangan cincin tersebut.
Dedah Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 42, cincin itu hilang selepas isterinya melalui proses kelahiran anak kedua mereka, Nur Aurora. Malah tegasnya, dia bukanlah punca di sebalik kehilangan cincin tersebut.
Sebenarnya cincin perkahwinan yang saya berikan kepada Diana itu dia yang pakai, dan dia yang salah meletakkan cincin itu ketika Aurora dilahirkan di Bangsar menerusi proses ‘water birth’.
Jadi dalam proses itu segala jam dan barang kemas lebih baik dibuka, jadi Diana buka dan letakkan di dalam beg. Tapi selepas selesai proses bersalin, kami nak balik dan cari cincin itu tidak jumpa.
Saya juga cuba mencari dan akibat dia tidak jumpa cincin itu, dia menangis dan bersedih. Dan untuk menghalang dia dari terus bersedih selepas menyambut kelahiran bayi kedua kami, saya katakan yang cincin itu bukan penting, kita boleh beli tapi kegembiraan pada masa itu, kita tidak akan boleh beli.
Saya tak sangka benda itu boleh jadi perkara besar dan saya berjanji, saya akan cari yang baharu dan alhamdulillah dari hilang satu cincin, saya sudah menggantikan enam untuk dia.
Farid berkata demikian ketika dia ditemui usai menjalani prosiding sulh pertama di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Selasa.
Ganti dengan 6 cincin baharu
Sebagai ganti kepada cincin yang hilang itu, Farid berkata dia telah membeli enam bentuk cincin baharu buat isterinya, malah dia berharap Diana boleh menerima dengan hati terbuka.
Perdamaian pertama saya bawa satu cincin dan bunga, hari ini saya bawa enam bentuk cincin dan dua utas rantai. Sepatutnya saya bawa barang kemas ini semua ke Mahkamah Subang Bestari, tempoh hari di mana saya turut membawa bunga dan cincin. Cuma saya tak boleh bawa banyak sebab ia banyak.
Buat masa sekarang saya berharap dia berlembut hati menerima benda ini sebab buat masa sekarang ini sajalah yang saya mampu berikan.
Saya harap dia boleh terima benda itu dan ampunkanlah segala kesalahan saya. Apa sangkaan mereka terhadap saya, saya mohon maaf. Saya harap dia maafkanlah dan janganlah pisahkan saya dengan anak-anak dan isteri saya.
Sebelum ini, Farid juga pernah membawa sejambak bunga dan sebentuk cincin untuk diberikan kepada isterinya, Diana Danielle pada proses pelantikan wakil dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan krisis rumah tangga mereka di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
Sementara itu, ketika hadir ke prosiding sulh pertama, Farid mengemukakan tawaran perdamaian terhadap Diana dengan jumlah keseluruhan bernilai RM319,700. Antara tawaran yang diberikan termasuk kereta mewah jenis Velfire, barangan kemas, nafkah dan tiket menunaikan Umrah.
Kata Farid, tawaran itu diharap mampu melembutkan hati Diana demi masa depan dan kebaikan dua anak mereka, iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Pada 20 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.
Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri. Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan menetapkan 30 Mei depan bagi kedua-keduanya memaklumkan kepada mahkamah mengenai laporannya.
Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Video
@ohbulanofficial Replying to @blackrose? Harap dilembutkan hati buat Diana Danielle ?? #ohbulan #sembangentertainment #faridkamil #hadiahkan #6cincin2rantai #kepada #dianadanielle ? original sound – OHBULAN!