Raya tahun ni tak seperti biasa kan? Tapi kami yakin korang masih happy duduk kat rumah. Sekarang nak keluar pun kena amalkan norma baru. Lebih-lebih lagi kalau pergi shopping mall waktu raya ni.
Dah alang-alang cakap pasal shopping mall, nak cerita sikit. Sebenarnya ada satu shopping mall sebelum ni pernah sesuaikan diri dengan norma baru disebabkan wabak yang melanda. Tahu tak shopping mall apa?
Sungei Wang Plaza, sekali lagi sesuaikan diri dengan norma baru 2020
Orang KL mesti kenal Sungei Wang Plaza yang merupakan ikonik di Malaysia ni. Selepas wabak SARS berjaya diatasi pada tahun 2002, kini ia sekali lagi tampil untuk sesuaikan diri dengan norma baru disebabkan oleh Covid-19.
Amalkan langkah pencegahan khas buat keselamatan pekerja & pelanggan
Sejak pengumuman MCO pertama pada 16 Mac 2020, Sungei Wang Plaza berusaha meningkatkan langkah pencegahan untuk keselamatan dan kesihatan para pekerja dan pelanggan.
Ni antara langkah yang dibuat:
- melakukan pembersihan dan sanitasi setiap jam dan harian
- memperkenalkan kod QR untuk pengesanan kontak
- melakukan pemeriksaan suhu badan
- memberi penerangan tentang penjarakan sosial melalui infografik
- mengadakan latihan berterusan dari segi keselamatan dan kebersihan
- menyediakan sanitizer untuk semua kedai
Sama je macam shopping mall lain? Eh, nanti dulu. Belum habis cerita lagi ni. Sungei Wang Plaza ada buat sesuatu tau untuk korang rasa pengalaman baru shopping di Hari Raya ni. Nak tahu apa dia?
Shopping lagi best & selamat di Sungei Wang dengan tema #RayaTetapRaya
Setelah blok JUMPA @ Sungei Wang diberikan nafas baru, banyak aktiviti menarik bertemakan #RayaTetapRaya yang Sungei Wang Plaza buat untuk musim perayaan ni. Seronok ni!
Jom kita tengok apa yang mereka buat..
1) #GrabDuitRaya – Rebat di GrabFood
Suka pesan GrabFood di rumah? Korang boleh nikmati rebat RM5 dari mana-mana kedai F&B di Sungei Wang Plaza melalui GrabFood sehingga 16 Jun 2020. Takde pembelian minimum!
*Tertakluk kepada terma dan syarat
2) #KiteRayaKite – Pertandingan Video Raya
Bosan duduk kat rumah? Jom sertai Pertandingan Video Raya menarik yang dibuat oleh Sungei Wang Plaza. Pertandingan video online ni bermula 19 Mei 2020 hingga 31 Mei 2020. Masih sempat nak join!
Caranya? Senang sangat. Korang hanya perlu rakamkan video klip pendek “#KiteRayaKite Di Rumah”. Tiga video terbaik akan dapat duit raya daripada Sungei Wang Plaza. Syok tu dapat duit raya!
*Tertakluk kepada terma dan syarat
3) #RayaTetapSayang – Inisiatif CSR
Sebagai tanda penghargaan kepada barisan hadapan, sebanyak 300 makanan telah dibungkus dan disumbangkan kepada Balai Polis Dang Wangi, Balai Bomba & Penyelamat Hang Tuah & Balai Polis Trafik Jalan Bandar.
Ini semua dilakukan oleh pihak Sungei Wang Plaza atas dedikasi dan kerja keras barisan hadapan dalam melindungi keselamatan negara semasa wabak ni. Terima kasih frontliner semua!
Seronok kan? Kalau korang pergi shopping kat Sungei Wang Plaza waktu raya ni, jangan lupa amalkan penjarakkan sosial eh. Bukan suka-suka tapi untuk keselamatan dan kesihatan korang jugak.
Untuk info lebih lanjut, layari laman web Sungei Wang di www.sungeiwang.com. Korang jugak boleh ikuti perkembangan mereka di Facebook Sungei Wang dan Instagram @sungeiwangplaza.
Sekian, Selamat Hari Raya semua!