Kalau dah jodoh tak ke mana! Itulah ungkapan yang sesuai digunakan buat pasangan merpati dua sejoli ini yang selamat disatukan sebagai suami isteri. Apa yang lebih menarik perhatian lagi, apabila pengantin lelaki ini merupakan bekas pelajar kepada isterinya. Tahniah!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Muridku, Suamiku’ – Kenal 3 Tahun Sebelum Kahwin, Netizen Cakap Suami Nampak Matang
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ditanya Mengapa Kahwin Awal, Budak SPM Jawab: ‘Buat Kerja Sekolah Ada Orang Teman’
Artikel Berkaitan: ‘Akak 26 Pun Tak Ada Jodoh Lagi Dik…’ – Viral Pelajar Form 4 Pula Tunang, Tak Sempat Ambil SPM Lagi!
Kahwin dengan pelajar sendiri
Menerusi beberapa buah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Anie Hashim, menceritakan dia sama sekali tidak menduga akan bergelar seorang isteri kepada bekas pelajarnya sendiri. Walaupun jarak umur berbeza 11 tahun perkara tersebut sama sekali tidak menjadi penghalang buat pasangan ini.
Jodoh Allah itu sememangnya tak pernah dapat kita duga. Allah aturkan adalah yang terbaik buat hambaNya. Semoga Allah mudahkan urusan perkahwinan kedua saya.
Dia lahir 1999 (23) dan saya 1988 (34) .
Mengulas lebih lanjut, pemilik video ini turut menafikan yang mereka mula bercinta sejak di bangku sekolah dan menjelaskan kembali bertemu menerusi sebuah majlis reunion yang dianjurkan.
Sebab kami bukan bercinta dari zaman dia bersekolah. Lepas dia habis SPM pun kami still tak contact. Sampailah batch dia buat reunion dan dia baru tahu saya single mother.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dengan kisah percintaan pasangan ini dan turut mendoakan hubungan tersebut berkekalan.
Video penuh:
@anieshashimJodoh Allah itu sememangnya tak pernah dapat kita duga. Allah aturkan adalah yang terbaik buat hambaNya. May Allah ease me on my 2nd marriage ??? This to this – Hisokaswildcard?????
@anieshashim Reply to @rizal9091 ? Swegg – ketamdibo
@anieshashimWEDDING PHOTOSHOOT | having fun with my husband ?? |? Roman Picisan Cover Version – Chas Graveur
Tahniah!
Sumber: Anie Hashim