berita

Bertudung Berkopiah Pun Belum Tentu Islam, Selamba Jual Sate Ular Kobra Tepi Jalan

June 17th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Bukan satu perkara yang asing lagi apabila melancong ke negara jiran, Indonesia, sering dititipkan pesanan untuk berhati-hati ketika membeli makanan daripada penjual yang membawa imej Muslim.

Terkini, tular video menunjukkan seorang wanita bertudung dan lelaki berkopiah yang menjual sate daging ular kobra.

Menu penuh binatang pelik-pelik

Menerusi satu video yang diciap @MALAYSIAVIRALL, kelihatan seorang wanita yang memakai tudung sedang berniaga di sebuah warung tepi jalan. Walaupun bertudung, makcik tersebut difahamkan menjual sate daging ular yang ‘disiang’ sendiri olehnya.

Turut dapat dilihat dalam video berdurasi 34 saat itu merupakan menu di warung tepi jalan berkenaan yang menjual makanan berasaskan daging haiwan-haiwan reptilia seperti biawak, ular, tokek dan sebagainya.

Oleh itu, pemilik akaun tersebut dalam ciapannya memesan agar mereka yang berhasrat untuk ke negara jiran perlu lebih berhati-hati dalam perihal makanan.

Sebab itu ramai orang pesan, kalau travel ke Indonesia kena berhati-hati dalam bab makan, orang pakai tudung dan kopiah tak semestinya Islam. Ini buktinya.

Dalam ciapan balas kepada hantaran asal, turut dikongsikan satu video lain memaparkan seorang lelaki tua berkopiah yang turut menjual sate ular kobra sambil menunjukkan proses menyediakan sate tersebut bermula daripada ular hidup yang ‘dibela’ di dalam sangkar di warung tersebut.

Sumber: Twitter @MALAYSIAVIRALL

SKIP THIS AD ×