Selepas hampir tujuh bulan menyimpan rahsia, pelakon Fadlan Hazim akhirnya mengesahkan dirinya kini sudah bertunang dengan wanita pilihanya yang berasal dari Kazakhstan, dikenali sebagai Aiya Mukhamedsalova, 29, sejak Oktober tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Fadlan Hazim Sudah ‘Taken’, Hati Terpaut Dengan Wanita Kazakhstan – ‘Dia Cantik Di Mata Saya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bakal Beraya Dengan Bekas Tunang, Netizen Pelik Dengan Imej ‘Subang’ Syazwan Zulkifly
Lamar dalam bahasa Rusia
Menurut Fadlan atau nama lengkapnya Fadlan Hazim Anuwar, 31, dia pergi ke negara tersebut hanya seorang diri selain bersiap sedia dengan ayat lamaran dalam bahasa Rusia sebelum bertemu dengan keluarga tunangnya.
Alhamdulillah, pada 1 Oktober tahun lalu saya sudah mengikat tali pertunangan dengan Aiya di kediamannya yang terletak di Kazakhstan. Saya pergi ke sana seorang diri sahaja tanpa ditemani keluarga.
Sejujurnya agak gementar juga la sebab seorang diri saja. Lagipun keluarga tunang saya tak boleh cakap Inggeris. Jadi, sebelum itu saya google translate ayat dalam bahasa Rusia untuk melamarnya di hadapan keluarganya.
Ujian kejantanan
Sementara itu, aktor tinggi lampai itu turut mendedahkan dia telah melalui beberapa ujian seperti mendaki gunung dan minum susu kuda untuk memastikan dirinya layak mengahwini Aiya memandangkan hal tersebut merupakan adat di negara itu.
Sepanjang saya berada sana, saya melalui beberapa ujian. Sebab dekat sana, budaya mereka kalau lelaki nak kahwin dengan anak perempuan mereka memang kena lalui beberapa ujian untuk melihat kejantanan.
Mereka bawa saya daki gunung tanpa memakai baju sejuk sedangkan ketika itu suhu dalam 4 ke 5 darjah celcius. Masa daki itu, mereka sangat laju, macam berlari tapi sebenarnya berjalan.
Selain itu, saya kena tunggang kuda depan ahli keluarganya. Saya beritahu tunang, memang pernah bawa kuda tapi sekadar untuk berlakon saja. Tapi tunang kata saya kena tunjuk depan keluarganya yang saya boleh tunggang kuda dengan baik.
Antara ujian lain, saya kena jalan atas papan yang ada paku kecil-kecil dan minum susu kuda yang agak pahit juga la. Ikutkan saya tak tahu semua itu ada ujian untuk saya. Dah nak balik Malaysia itu baru tunang beritahu saya lulus semua ujian.
Untuk info, Aiya sudah menetap di Malaysia selama 10 tahun dan bekerja sebagai Software Engineer.
Sumber: Gempak