Pelakon Amir Ahnaf mendedahkan dirinya dilamar untuk membintangi sebuah filem seram Indonesia berjudul ‘Terkutuk’ adalah disebabkan memiliki wajah seperti orang jawa.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Jumpa Amir Ahnaf Tengok Skrip Dah Basah, Sebab Dia Menangis’ – Pengarah Filem Kahar: Kapla High Council
Artikel Berkaitan: Amir Ahnaf ‘Angkat’ Kereta Baharu, Netizen Seloroh – ‘Mantap Kahar, Bisnes Burger Maju Terus Beli Triton’
Wajah jawa
Menganggap itu sebagai rezeki, Amir atau nama lengkap Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 25, bagaimanapun mengakui tidak mudah untuk berlakon di negara seberang disebabkan perbezaan bahasa.
Susah sebenarnya nak berlakon dekat Indonesia, sebab bahasa yang digunakan sedikit lain dengan kita. Saya diberi masa dua minggu untuk persiapan.
Produksi lamar saya untuk filem itu sebab saya miliki wajah jawa. Sebab filem itu memang berlatar masyarakat jawa. Fun fact, nenek saya pun berasal dari jawa Indonesia.
Amir berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sesi penggambaran drama Ramadan Raya terbitan TV3 di Seri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini.
Azam 2025
Dalam pada itu, disoal mengenai azam tahun 2025, Amir berkata dia ingin mengembangkan lagi bakat dalam lakonan.
Azam tahun 2025 saya untuk banyakkan lagi portfolia dalam lakonan baik menerusi filem mahupun drama.
Kembangkan bakat dan cuba sesuatu yang baharu untuk diri. Saya juga akan keluar dengan sebuah naskhah berjudul ‘Bagau’.
Dalam naskhah itu saya akan bercakap dalam dialek Terengganu, yang mana itu adalah bahasa pertama saya (mother tounge).