berita

‘Besar Rantai Emas Tuan Haji’

July 4th, 2018 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

Bermula dari Mat Despatch sehingga lah kini berjaya sebagai pengacara dan pelawak popular di Malaysia, kisah perjalanan Nabil Ahmad patut dijadikan contoh di luar sana. Selain daripada mencipta nama di industri hiburan tanah air, Nabil juga tidak lupa tanggungjawab sebagai seorang umat Islam apabila beberapa kali sudah menjejakkan kaki di kota suci Mekah untuk melakukan Ibadah.

Walaupun begitu, manusia tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. Terbaru, pengacara itu ditegur netizen kerana memakai rantai emas. Bagi mereka ia tidak sesuai dengan imej Nabil sebagai seorang Muslim tambahan lagi Nabil sudah bergelar Haji.

Rantai emas jadi perhatian

Beberapa hari lepas menerusi akaun Instagram perkongsian Nabil dan isteri, menunjukkan beberapa foto pelawak itu memakai baju berjenama mahal serta rantai emas. Tetapi netizen mempersoalkan tindakan Nabil memakai aksesori yang tidak kena dengan imej seorang lelaki.

Nabil beraya bersama rakan-rakan

Sumber: Instagram NabilZira

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×