berita

‘Betapa Berat Perasaan Rindu..’ – Lepas 12 Hari Dikuarantin, Alif Satar Kembali Ke Pangkuan Keluarga

December 4th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seperti sedia maklum, penyanyi dan pengacara popular iaitu Alif Satar sebelum ini telah mengesahkan dirinya dijangkiti wabak maut, Covid-19. Berikutan daripada itu, Alif telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan: Berjumpa Individu Positif Covid-19 Dikatakan Punca Alif Satar Dijangkiti

Terbaru, Alif mengumumkan bahawa dirinya kini sudah sembuh dan bebas Covid-19.

Alif dah sembuh!

Menerusi perkongsian Alif Satar di Instagram, dia meluahkan rasa syukur akhirnya dia sembuh dari Covid-19 dan kini telah kembali ke pangkuan keluarga tersayang. Difahamkan, Alif sudah pun menjalani kuarantin selama 12 hari di Hospital Melaka sebelum dibenarkan pulang.

‘Terima kasih’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®? (@alifsatar)

Dalam kesempatan itu, Alif tidak putus-putus meluahkan rasa terima kasih terutamanya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), semua rakyat Malaysia, rakan-rakan kerja, ahli keluarga yang sentiasa mendoakan kesembuhannya.

Malah tidak kurang juga buat jiran tetangga yang prihatin dan bermurah hati dalam meringankan beban mereka sekeluarga. Tidak cukup dengan itu, Alif sempat berpesan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya bersama-sama membendung wabak Covid-19.

‘Off the pink tag’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shadila Halid (@shadilahalid)

Sementara itu, isteri Alif iaitu Shadila Halid di Instagram turut memuatnaik satu posting memaklumkan bahawa ujian saringan kedua Covid-19 dia dan anak-anak adalah negatif. Lebih menggembirakan apabila mereka sekeluarga kini sudah boleh berkumpul dan bersatu seperti sediakala.

Sumber: Alif Satar, Shadila Halid

SKIP THIS AD ×