Pelakon dan menantu kepada Dato Seri Siti Nurhaliza iaitu Tya Ariffin, kongsi detik terindah ulang tahun kelahiran suaminya, Asyraf Khalid semalam. Momen terindah tersebut dikongsi Tya menerusi akaun Instagram dan laman Youtube miliknya. So sweet!
27 tahun sudah usiamu
https://www.instagram.com/p/ByIb4PhFWgo/
Menerusi Instagram Tya, dia meluahkan ucapan romantis buat suaminya. Dia menyatakan bahawa suaminya merupakan seorang pemimpin yang bertangungjawab, penyayang dan seorang yang bekerja keras. Sebagai isteri, dia akan terus berdoa buat suaminya supaya meraih apa sahaja impiannya serta dilindungi Allah. Anak-anaknya sangat beruntung memiliki ayah sepert Asyraf.
Happy birthday ayah!
Tya turut memuat naik video sekitar majlis sambutan ulang tahun kelahiran suaminya di Youtube. Video yang berdurasi 3:14 itu menyaksikan suaminya sedang memotong kek sambil di raikan oleh ahli keluarga yang terdekat. Telatah putera sulung mereka iaitu Arif Jiwa turut dapat disaksikan ketika sambutan tersebut berlangsung.
Allah has blessed me
https://www.instagram.com/p/ByHctMlhZ0Q/
Menerusi Instagram Asyraf, dia meluahkan rasa syukur kerana masih berpeluang menyambut ulang tahun kelahiran bersama orang tersayang. Mempunyai insan tersayang di sekelilingnya merupakan sumber kekuatan buat dirinya untuk terus bersemangat dan berusaha menjadi lebih baik. Dia juga berterima kasih buat semua yang mendoakannya dan memberikan ucapan selamat hari ulang tahun.
Sumber: Tya Arifin & Asyraf Khalid