Pelakon berbakat besar, Beto Kusyairy membuka mata ramai orang apabila bertindak melakukan aksi lagak ngeri tanpa bantuan daripada ‘stunt double’.
Kehendak sendiri nak bakar diri
View this post on Instagram
Berkongsi di Instagram (IG) miliknya, Beto, 41, menyatakan aksi membakar diri di sebuah set penggambaran dilakukan atas permintaannya walaupun pihak produksi sudah menyediakan pelakon tambahan untuk babak ngeri itu.
Namun tegasnya, itu bukan bermakna setiap pelakon perlu menjayakan aksi bahaya untuk diiktiraf sebagai pelakon hebat.
Penerbit sudah menyediakan inividu yang memang pakar dalam hal ini iaitu sekumpulan pelakon aksi lagak ngeri profesional untuk melakonkan watak saya.
Tetapi saya meminta untuk melakukannya sendiri. Kenapa? Ah adalah sebabnya.
Ini bukan bermakna yang seorang pelakon memang kena buat aksi-aksi yang berisiko tinggi sebegini ‘sendiri’ untuk diangkat menjadi pelakon yang baik atau kononnya pelakon sebenar. Saya ulang, ini bukan penanda arasnya dan tidak perlu pun.
Bukan main buat sesuka hati
Dalam pada itu, pelakon filem Istanbul Aku Datang memberitahu dia tidak melakukan secara serampangan tetapi sudah mempelajari teknik dengan pihak yang profesional.
Saya tak minta buta kosong macam itu sajalah. Nak kena ada ilmu dan fahami teknik untuk aksi begini. Nak kena ada pengawasan dan seliaan ketat oleh mereka yang benar-benar pakar dalam bidang ini.
Nak kena lulus ujian dari pakar-pakar ini dulu sebelum dalam lampu hijau. Nak kena ada keyakinan pada kemampuan diri dulu. Bukan berani bodoh. Selainnya adalah doa, fokus dan ketenangan.. Insya-Allah.
Sumber: Instagram @beto_kusyairy, @kupu_kupu