Nampak remeh tapi sebenarnya ia memberi impak besar kepada diri kita jika kita skip sarapan pagi. Alasan yang sering kita dengar ialah kerana tiada selera dan yang paling ketara sekali apabila untuk jaga berat badan. Betul ke?
Untuk pengetahuan korang, sarapan itu amatlah penting untuk tubuh badan kita, ia berperanan membekalkan tenaga kepada tubuh badan bagi melakukan aktiviti harian yang sibuk. Nak tahu apa lagi? Jom tengok ni.
1. Dapat Mengurangkan Berat Badan Kita!
Ya! Jadi mitos tak ambil breakfast kerana diet itu tak betul. Ini kerana sarapan pagi dengan perut yang masih kosong akan mempercepatkan pembakaran kalori secara lebih efisien.
Tapi kena tengok juga lah apa yang korang makan tu, pastikan korang mengambil pemakanan yang elok dan sihat.
2. Boleh meningkatkan Daya Tumpuan
Kalau korang bangun pagi, sebahagian besar tenaga dalam bentuk glukosa dan glikogen (tenaga simpanan) digunakan pada hari sebelumnya. Jadi, badan kita amat memerlukan makanan(sumber tenaga tubuh) untuk fungsi otak dan daya tumpuan.
Tanpa tenaga, anda akan berasa letih dan kurang tumpuan terhadap kerja yang dilakukan. Kalau dah perut kosong, korang pun akan rasa tak selesa dan akan ganggu tumpuan kerja korang. Tak gitu?
3. Merendahkan Risiko Penyakit Jantung
Beberapa kajian ke atas makanan yang mengandungi sumber bijian penuh didapati membantu merendahkan risiko penyakit jantung. Dikatakan ia berkemungkinan dari kebaikan bijian penuh yang tinggi kandungan serat makanan.
4. Membekalkan Tenaga
Selain dapat meningkatkan prestasi minda, ia juga boleh membekalkan tenaga kepada diri kita dan meningkatkan metabolisma dengan gabungan pengambilan karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral yang bersesuaian dengan keperluan tubuh.
.
Gabungan sumber tenaga utama (karbohidrat, protein, lemak) yang bersesuaian adalah penting kerana pengambilan mana-mana sumber tenaga ini secara berlebihan boleh meninggalkan kesan ke atas kesihatan masa hadapan.
Salah satu menu yang mengandungi ketiga-tiga nutrisi ini adalah Milo, padat dengan ketiga-tiga nutrisi iaitu PROTOMALT ®, Vitamin & Mineral yang membantu memberikan 6 daripada 25 peratus tenaga yang kita perlukan.
Jadi setiap sarapan seimbang yang diambil, disajikan pula bersama secawan Milo, pagi korang akan lebih cergas dan bertenaga!