berita

Betul Ke Ini Isteri Fizo?

October 22nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, terdapat desas-desus yang mengatakan pelakon, Fizo Omar bakal menamatkan zaman duda pada 21 Oktober (semalam). Teori tersebut dikuatkan lagi apabila bekas isterinya, iaitu Mawar Abdul Karim mengakui Fizo ada memberitahu dia sedang berkawan dengan seseorang dan serius dengan perhubungan itu.

Artikel Berkaitan: Muncul Khabar Angin Fizo Omar Nikah 21 Oktober Ini, Bekas Isteri Doakan Yang Terbaik – ‘Semoga Lebih Matang Dari Segi Keputusan’

Fizo Omar dah kahwin?

Terbaru, menerusi sekeping foto yang dimuat naik oleh pelakon kacak ini di laman Instagram seolah-olah memberi gambaran dia sudah berkahwin. Menerusi foto tersebut Fizo tampil segak mengenakan Baju Melayu berwarna putih dan turut dibantu oleh anakya Wan Maryam, untuk dipakaikan butang.

Kapsyen pendek yang digunakan olehnya juga turut mengundang pelbagai reaksi apabila dia sempat mention beberapa nama artis termasuklah Sharnaaz Ahmad, Nazim Othman, dan Azlee Khairy.

Ok Abe Joe (Fizo) keluar kumpulan terpakai dulu k.

Dua keping foto curi perhatian

Terbaru, dua keping foto yang dimuat naik oleh seorang individu dikenali sebagai Fazeera di Instagram, menimbulkan spekulasi apabila dia didakwa isteri kepada pelakon kacak ini. Menerusi foto tersebut memaparkan seorang lelaki sedang menyarungkan cincin pada wanita berkenaan berserta kapsyen pendek ‘Alhamdulillah’.

Bukan itu sahaja pemilik akaun @fazeeranazriaz turut menggunakan foto Fizo Omar dan anaknya sebagai profile photo di Instagram. Namun, sehingga kini tidak dapat dipastikan adakah benar pelakon ini sudah mendirikan rumah tangga ataupun tidak.

Tahniah Fizo!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat mengucapkan tahniah kepada pelakon ini dan pada masa yang sama mereka turut menitipkan doa supaya perhubungan tersebut berkekalan buat selama-lamanya.

Sumber: Fizo Omar

SKIP THIS AD ×