Kita sering dimomok-momokkan bahawa pencuci muka berbuih tidak baik kerana mengeringkan wajah? Tapi sejauh manakah kebenaran ini?
Mengapa ramai ahli dermatologi dan pakar kulit yang tidak menggalakkan penggunaannya?
Adakah semua formulasi pencuci muka berbuih tidak baik untuk wajah?
Jawapannya akan kami kongsikan dalam penulisan kali ini.
Pencuci wajah berbuih buat kulit kering?
Pertama sekali, korang perlu tahu bahawa kebanyakan produk pencuci muka yang dijual diluar sana menggunakan bahan sintetik seperti SLS.
SLS ini adalah sejenis surfaktan yang mampu menanggalkan kotoran pada wajah sekaligus menghilangkan minyak yang dihasilkan oleh kulit. Sebab itulah, wajah korang terasa bersih dan tegang selepas penggunaannya.
Namun, SLS tidak sesuai digunakan oleh mereka yang ada kulit sensitif serta berjerawat kerana SLS boleh menyumbat pori-pori.
Okay je guna pencuci muka berbuih asalkan formulanya lembut pada wajah!
Sebenarnya tak salah pun kalau korang suka pakai pencuci muka berbuih, min sendiri pun suka guna pencuci muka berbuih kerana rasa lebih bersih.
Apa yang penting, formula pencuci muka tersebut haruslah lembut pada wajah.
Lagipun, sekarang kita dah ada banyak pilihan pencuci muka dengan formulasi-formulasi yang luar biasa dan hebat-hebat, antaranya ialah Cetaphil Hydrating Foaming Cream Cleanser baharu.
Cetaphil ialah jenama penjagaan kulit Dermatologi nombor 1 di Malaysia!
Diformulasikan dengan sistem surfaktan Asid Amino, Cetaphil Hydrating Foaming Cream Cleanser memberikan pengalaman mencuci muka dengan buih-buih lembut pada wajah.
Wajah korang akan terasa bersih, lembap dan anjal selepas penggunaan Cetaphil Hydrating Foaming Cream Cleanser.
Tak percaya? Korang cuba dulu… min yakin korang boleh rasa perbezaanya berbanding pencuci-pencuci muka lain yang korang pernah guna.
Cetaphil Hydrating Foaming Cream Cleanser menyingkirkan sehingga 97% partikel pencemaran.
Cetaphil Hydrating Foaming Cream Cleanser memberikan kesan pembersihan mendalam dengan menanggalkan habuk halus, debu, solekan dan membersihkan liang pori yang tersumbat. Terbukti secara klinikal dapat menyingkirkan sehingga 97% partikel pencemaran daripada permukaan kulit.
Selain itu, Cetaphil Hydrating Foaming Cream Cleanser juga terbukti mampu melindungi dan memelihara pelindung kulit sehingga 8 jam.
Sesuai digunakan oleh korang yang ada masalah kulit sensitif, Cetaphil Hydrating Foaming Cream Cleanser mengandungi aloe vera untuk melembapkan dan menenangkan keradangan kulit. Bahan lain yang digunakan dalam formulasi Cetaphil Hydrating Foaming Cream Cleanser termasuklah niacinamide, panthenol dan gliserin yang mana penggunaanya disokong oleh pakar dermatologi.
Ini sekaligus memelihara mikrobiom agar kulit terus sihat dan mengekalkan kemampuan perlindungan semula jadi kulit daripada matahari.
Bahkan secara klinikal, penggunaan Cetaphil Hydrating Foaming Cream Cleanser didapati mengurangkan ketegangan dan kerengsaan kulit selepas 7 hari penggunaan dan 79% penurunan tanda-tanda kulit sensitif selepas 1 bulan.
Konklusinya, semua jenis kulit sesuai gunakan Cetaphil Hydrating Foaming Cream Cleanser termasuk korang yang ada kulit normal, kulit kering, kulit sensitif pada muka mahupun badan.
Bebas daripada paraben, SLS, sabun, minyak dan pewangi. Cetaphil Hydrating Foaming Cleanser merupakan pencuci muka hipo-alergenik yang tidak menyumbat pori-pori dan lembut pada wajah.
Jangan lupa juga sertai permainan online di SINI untuk peluang memenangi pek percubaan Cetaphil Hydrating Foaming Cream Cleanser dan baucar promosi.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman web mereka hari ini.