berita

Betul Ke Ujian ‘Swab Dubur’ Lebih Tepat Berbanding ‘Swab Hidung’? Ini Penjelasan Doktor Suhazeli

January 31st, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Baru baru ini, negara China dilaporkan mengambil langkah terbaru dengan mengambil ‘swab dubur’ yang dikatakan lebih berkesan dan tepat berbanding ujian swab di hidung dan tekak. Menurut laporan, teknik menguji cecair dubur itu lebih mudah apabila mereka berjaya mengesan virus Covid-19 dalam pesakit muda, berusia 9 tahun .

Terbaru, Doktor Suhazeli tampil memberi penjelasan mengenai perkara ini selepas isu ini menjadi persoalan di kalangan rakyat Malaysia.

Lebih tahan lama di kawasan pencernaan

Kaedah ini juga membantu mengurangkan hasil ujian positif palsu. Kami mendapati bahawa koronavirus berkumpul lebih banyak dan bertahan lama di saluran pencernaan berbanding saluran pernafasan pesakit.

Menurut pegawai tempatan, Li Tongzeng, calitan dubur tidak semudah ujian calitan tekak maka ia hanya digunakan terhadap individu di kawasan kuarantin utama. Namun, ianya lebih tepat dan mudah bagi mengesan virus ini memandangkan ianya berkumpul lebih banyak di kawasan tersebut.

Ujian tersebut melibatkan putik kapas dimasukkan ke dalam dubur sedalam 3 hingga 5 sentimeter dan diputarkan beberapa kali. Selepas itu putik kapas itu akan disimpankan di dalam bekas sampel untuk dibawa ke makmal. Keseluruhan proses hanya memakan masa 10 saat sahaja.

Betul ke swab test melalui dubur lebih tepat?

Ya, ini kajian telah dilakukan di China pada pertengahan tahun lepas namun ianya bukan standart prosedur (SOP). Ini kerana kaedah jangkitan Covid-19 melalui pernafasan, jadi rongga mulut dan rongga hidung adalah lebih utama kita menjalani swab. Tidak ada lagi kajian mengatakan jangkitan Covid ini melalui anus (lubang najis).

Menurut Dr Suhazeli, prosedur ini adalah benar namun ianya tidak praktikal dijalankan ujian ini kecuali dalam situasi situasi tertentu. Buat masa ini, Malaysia tidak akan menjalani kaedah begini memandangkan ujian swab rongga mulut dan hidung adalah lebih sesuai.

Sumber : KKM

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×