Hubungan yang pada awalnya hanya sebagai guru dan anak murid, akhirnya menjadi ikatan sebagai suami isteri. Itulah kisah percintaan pasangan merpati dua sejoli dari India ini.
Jarak usia 22 tahun
Meskipun jarak usia 22 tahun, namun ia bukan penghalang buat pasangan untuk mengecapi kebahagiaan. Kisah percintaan seorang guru yang dikenali dengan nama Matuknath dan pelajarnya, Julie telah tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Guru yang berusia 42 tahun ini telah mengahwini pelajarnya yang berusia 20 tahun.
Kedua-duanya juga tinggal berdekatan dengan jarak antara rumah hanya kira-kira 800 meter. Malah, Matuknath juga pernah mengajar Bahasa Inggeris di kelas Julie. Menurut sumber, Matuknath merupakan seorang duda selepas kematian isteri beberapa tahun lalu.
Sumber: India.com