
Pelakon, Ruhainies enggan memaafkan tindakan seorang wanita yang menabur fitnah terhadap dirinya dengan mendakwa dia mempunyai ‘sugar daddy’ dan hidup dibela.
Artikel Berkaitan: Ruhainies Nafi Guna Tasbih Digital Cara Terbalik, Hanya Ikut Keselesaan
Artikel Berkaitan: Ruhainies Pilih Untuk Tak Maki ‘Haters’, Lebih Kepada Simpati – ‘Kalau Rasa Rimas, Saya Padam & Tak Benci’
Bersumpah tiada sugar daddy

Meskipun individu berkenaan sudah mengaku salah, namun Ruhainies, 33, nekad untuk membuat laporan polis berhubung perkara itu demi membersihkan namanya selepas dimalukan secara terbuka.
Saya tak maafkan. Saya mahu selesaikan di balai polis. Saya mahu buat laporan polis. Saya mahu jumpa awak. Awak cakap saya dapat elaun dari sugar daddy.
Saya bersumpah demi Allah, saya tak pernah dibela oleh sugar daddy atau seangkatan dengan itu seumur hidup saya. Dari mana awak dapat fitnah itu dan awak menfitnah saya hari ini depan umum.
Ruhainies berkongsi perkara itu menerusi beberapa siri hantaran di Instagram Story beserta tangkap layar memaparkan perbualanya dengan wanita terbabit.
Dalam pada itu, Ruhainies turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati dalam meninggalkan komen agar tidak menjatuhkan fitnah terhadap orang lain.
Saya nak pesan, hidup ini hati kena bersih. Nampak orang lain happy jangan busuk hati. Menggigil tangan fikir nak fitnah apa supaya dapat ‘matikan’ orang.
Tanpa sedar, diri itu telah lama mati bila sakit hati tengok orang lain bahagia. Jadi manusia jangan malas harap duit lelaki ya.
Cari duit sendiri dan usaha upgrade diri. Supaya hati tak dengki tengok orang lain senang. Perangai kalau tak elok pun bukan kata sugar daddy, orang gila pun tak mahu.
Terdahulu, seorang wanita meninggalkan komen pada sebuah hantaran dengan mendakwa Ruhainies mendapat elaun bulan daripada ‘sugar daddy’.
Terkesan dengan komen tersebut, Ruhainies kemudian mendedahkan wajah dan meminta orang ramai membantunya mencari individu tersebut sebelum si pelaku memohon maaf secara peribadi kepadanya.








