Hadir dalam program Bersamamu terbitan TV3, ramai tidak menyangka pelakon cilik yang pernah memenangi anugerah, Puteri Balqis kini ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Dia terpaksa mengikat perut dan hidup seperti ‘gelandangan’ demi menjual buku untuk kelangsungan hidup.
Nabila Huda menerusi Twitter sedih melihat kanak-kanak berusia 12 tahun yang menanggung sakit ini dibiarkan berjalan seorang diri sekitar Kuala Lumpur. Nabila Huda dipercayai mempersoalkan tugas dan tanggungjawab penjaga apabila membiarkan anak sakit mencari rezeki.
Sanggupkah anda?
Mendapat lebih 3k retweet, Nabila didakwa mempersoalkan mengapa kanak-kanak ini menyara kehidupan sendiri sedangkan dia mempunyai ibu bapa yang sihat dan sempurna tubuh badan. Pelakon Munafik ini juga tidak sanggup melihat si kecil ini terpaksa mengikat perut sedangkan ibu bapa mempunyai kemampuan untuk berjalan dan bercakap.
Kami sentiasa ada & membantu
Menjawab kepada respon netizen di bahagian komen, Nabila Huda menjelaskan rakan artis sentiasa ada dan bersedia membantu kanak-kanak ini. Malah, Nabila Huda menekankan penceraian bukanlah alasan atau jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah.
Penceraian bukan alasan
Pernah jual buku online tapi gagal
Menjelaskan situasi sebenar, netizen memberitahu Puteri Balqis dan ibu pernah menggunakan medium media sosial menjual buku namun sambutan kurang menggalakkan. Oleh itu, menerusi temubual di program Bersamamu, mereka memaklumkan terpaksa mengambil pendekatan turun padang menjual di sekitar kawasan tumpuan seperti Pasar Seni dan Masjid Jamek.
Walau bagaimanapun, luahan Nabila Huda ini turut mendapat kritikan apabila ramai yang tidak bersetuju tugas penjaga dipersoal. Mereka berpendapat seeloknya orang ramai menghulurkan bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung mereka sekeluarga.
Sumber : Nabila Huda