berita

Biar Betul Raya Tak Jadi? Iklan Raya Watsons 2020 Bikin Mood Raya Tahun Ni Syok Habis!

May 13th, 2020 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

Kejap je masa berlalu, dalam tak sedar Ramadan dah nak sampai ke penghujungnya. Bagi yang tak dapat balik berpuasa dengan keluarga di kampung, kami faham perasaan tu. Terbaru, PM dah umumkan hari raya nanti pun kita tak boleh balik. So, betul ke raya tak jadi?

Sebenarnya korang janganlah sedih sangat, walaupun tak dapat raya bersama keluarga di kampung tahun ni, raya tetap raya tau. Kalau korang nak raya tahun ni lebih bersemangat, jom tonton video Raya Watsons 2020!

Iklan Watsons Raya 2020 menampilkan Youtuber terkenal Alyssa Dezek yang memegang watak sebagai Siti dan pelakon lagenda Dato’ Jalaluddin Hassan pula sebagai abah.

Tak cukup dengan itu, barisan selebriti terkenal tanah air seperti Ayda Jebat, Nazrudin Rahman, Sean Lee, Yaya Zahir, Jinnyboy, Amber Chia, Fiqrie Dahari dan ramai lagi turut sama memeriahkan iklan Raya Watsons 2020. Pendek kata, memang syok habis!

Anak bulan kena kuarantin?

Nak ketawa ada, sedih pun ada. Awal-awal lagi video Raya Watsons 2020 ni dah diselitkan dengan elemen humor kononnya anak bulan Syawal dah kena kuarantin. Paling mencuit hati bila pemberita tu sendiri pulak yang sedih bukan main sebab tak tahu dapat raya atau tak tahun ni!

Jadi raya ke tak ni?

Di babak yang lain, video gadis kecil bernama Siti pulak viral satu Malaysia. Katanya dia tak puas hati dengan pengumuman raya kat TV tadi. Hm… budak-budak biasalah kan, siapa je yang taknak raya. Kita yang dewasa ni pun boleh terkejut sakan kalau tiba-tiba ada berita pasal raya tak jadi. Eh.. takkan korang pun macam Siti jugak?

Mana boleh cancel, raya tetap raya

Tapi semua babak sedih dan kelam kabut tadi tiba-tiba bertukar jadi ceria bila Ayda Jebat muncul melalui satu panggilan video. Comel je tengok Ayda Jebat pujuk si adik Siti. Katanya, buat apa nak risau sebab takde siapa pun boleh batalkan raya. Syawal tetap akan muncul tiba!

Ada Watsons, raya baru bergaya!

Korang dah tengok ke macam mana Ayda Jebat dan yang lain-lain buat persiapan raya tahun ni? Haa… kalau nak raya korang pun sama meriah dan bergaya macam mereka semua, cepat-cepat shopping di Watsons sekarang.

Nak senang, korang tonton je video dekat bawah ni satu persatu sebab ada tips berguna untuk kekal sihat, cantik dan bergaya di hari raya nanti. Paling penting, banyak giler produk penjagaan diri yang best siap ada diskaun tau!

Produk Penjagaan Mulut 

Produk Penjagaan Peribadi

Produk Kesihatan

Produk Penjagaan Kulit

Produk Kosmetik

Barangan Kesihatan & Kecantikan

Jimat Selamat bersama Watsons sehingga 50%

Tahun ni raya tetap raya dan kami faham semua orang nak berjimat waktu musim wabak macam ni. Sebab tu kami sarankan korang shopping dekat Bazaar Watsons je bermula 6 hingga 30 Mei 2020. Siap ada diskaun Jimat Selamat sehingga 50% tau.

Kalau korang nak tahu, Bazaar Watsons ni boleh dikatakan eBazaar pertama yang menawarkan pelbagai barangan keperluan seperti makanan, biskut raya, hamper, set hadiah, produk kosmetik, skin care, produk penjagaan rambut, produk kesihatan dan banyak lagi. Pendek kata semua yang korang nak cari ada dekat sini.

Ahli Watsons dapat duit raya RM1,000,000!

Tak cukup dengan diskaun raya, Watsons nak bagi duit raya pulak dekat semua ahli Watsons. Bukan seringgit ya, tapi RM10 tau setiap seorang berjumlah sehingga RM1 Juta. Haa.. kalau nak dapatkan duit raya dalam bentuk mata ganjaran Watsons, korang ikut 2 langkah mudah dekat sini. Jangan lupa bagitau kawan dan family sekali. Siapa cepat dia dapat!

Korang tunggu apa lagi, Raya kan jadi?

Tahun ni mungkin kita semua terpaksa raya berjauhan, tapi ingat walaupun Jauh Di Mata, Kita Tetap Beraya. Cepat buka laman sesawang Watsons sekarang dan beli kesemua produk kegemaran korang yang tengah diskaun tu. Kalau nak buat mak ayah di kampung lagi happy, korang boleh beli dan kirimkan untuk mereka sekali ya.

Watsons dan OHBULAN! ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!

SKIP THIS AD ×