berita

Biar Penumpang ‘Kanak-Kanak’ Buat Aksi Berbahaya, Pemandu Wanita Ditahan Polis

December 30th, 2021 | by Iman
Kini Trending

Baru-baru ini, viral sebuah rakaman video di media sosial mengenai tingkah laku tiga kanak-kanak yang mengeluarkan separuh badan mereka melalui tingkap sebuah kereta yang sedang bergerak di atas jalan raya.

Berikutan daripada itu, seorang wanita telah ditahan oleh pihak polis kerana membiarkan penumpangnya melakukan aksi berbahaya tersebut.

Boleh mendatangkan kemalangan

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang. Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, pihaknyatelah menerima maklumat mengenai kejadian terbabit selepas video tersebut tular di laman sosial. Kejadian yang dipercayai berlaku di Jalan Reko, Kajang itu telah memperlihatkan aksi berbahaya tiga orang kanak-kanak yang mengeluarkan separuh badan mereka di bahagian penumpang hadapan termasuklah penumpang belakang kiri dan kanan

Tindakan ini satu tindakan yang boleh mendatangkan kemalangan serta membahayakan nyawa atau keselamatan diri dan orang lain.

Tambah Zaid lagi, hasil siasatan mendapati pemandu kenderaan berkenaan merupakan seorang wanita berusia 34 tahun. Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain dan jika disabitkan boleh dihukum penjara selama tiga bulan atau denda yang boleh sampai RM500 atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×