Reaksi spontan pelakon Sharnaaz Ahmad menjawab pertanyaan netizen mengenai hubungan aktres, Bella Astilah dan ahli politik, Syed Saddiq mencuri perhatian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah Pandu Lori Bawa Syed Saddiq, Netizen Komen – ‘Sumandak Sabah Serba Boleh’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] 40 Tahun Simpan ‘Hasrat’, Harley Davidson Akhirnya Milik Sharnaaz Ahmad – ‘Setiap Tahun Kecut, Tahun Ini Aku Gagahkan Diri’
‘Biakan mereka bercinta’
Sharnaaz atau nama lengkap Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 40, berkata, tidak salah sekiranya mereka berdua benar-benar mempunyai hubungan istimewa memandangkan masing-masing berstatus solo.
Nak minta pandangan saya tentang Bella dan Syed Saddiq? Biarkan lah mereka kalau nak bercinta sekali pun. Kenapa kalian (netizen) nak menyibuk?
Bella pun janda dan Syed Saddiq pun helok orangnya, bujang. Bukannya Bella isteri orang dan Saddiq pun bukan suami orang.
Sharnaaz berkongsi perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Sementara itu, rata-rata netizen menyokong pendapat pelakon filem The Original Gangster tersebut.
Sejak kebelakangan ini, Bella dan Saddiq semakin terbuka berkongsi keakraban mereka di media sosial sehingga ramai mendakwa mereka sedang menjalin hubungan cinta.
Namun begitu, sehingga kini tiada pengesahan dari kedua-dua pihak berhubung dakwaan terbabit.
Sekadar info, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz namun bercerai pada 13 Jun 2024.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata Mohamed Ayden Adrean, 8 dan Ara Adreanna, 5.
Sumber: TikTok