Sekitar minggu ini, nama pelakon cilik, Qistina Raisah menjadi bualan hangat selepas namanya dipetik netizen susulan satu kenyataan yang dikeluarkan seorang lagi pelakon berbakat besar, Puteri Balqis yang meluahkan perasaan kesalnya terhadap seseorang di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Video Tayang Jub*r Hari-Hari, Tapi Satu Award Pun Tak Ada’ – Puteri Balqis Sindir Pelakon Remaja?
Ibu titip kata semangat
Terbaru, ibu kepada Qistina, Roszana Aminuddin tampil memuat naik hantaran video diikuti dengan ucapan khas yang didedikasikan buat anaknya itu.
Roszana menasihat Qistina untuk terus melangkah ke hadapan meskipun dikelilingi dengan pelbagai dan tohmahan.
Teruskan langkah, Biarkan semua tohmahan, hinaan, fitnah, apa pun orang suka buka aib kamu, keluarga kamu.
Belajar diam dan sabar. Maafkan untuk bersihkan hati sendiri, tenangkan jiwa. Allah pasti ada dengan kita, insya-Allah semoga yang baik datang buat kita, Aamin.<
View this post on Instagram
Sekadar info, hantaran yang dimuat naik Puteri Balqis mengenai seorang aktres berusia 14 tahun menimbulkan tanda tanya ramai pihak.
Menerusi hantaran tersebut, Puteri Balqis meluahkan rasa kesalnya terhadap individu berkenaan yang dikatakan memerli dirinya meskipun dia langsung tidak melakukan apa-apa keburukan terhadap individu terbabit.
Walaupun tidak menyebut nama mana-mana pihak, netizen beranggapan hantaran dimuat naik Puteri Balqis itu ditujukan kepada Qistina.
Hantaran ditulis Puteri Balqis
Sumber: Instagram