berita

‘Biarlah Menjadi Tanda Tanya, Yang Penting Dia Tahu Siapa Dirinya’ – Nabila Huda

January 9th, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Baru-baru ini, pelakon hebat Nabila Huda mencuri perhatian warganet apabila dia bertindak memaki dan mengugut individu yang dikatakan suka memporak-perandakan keadaan di aplikasi X.

Artikel Berkaitan: ‘Happy Anniversary Kepada Insan Yang Paling Bersabar Melayan Wanita Paling Drama’ – Nabila Huda

‘Tidak boleh komen’

Terbaharu, Nabila Huda atau lebih mesra disapa Abil, mengambil pendekatan untuk tidak memberikan apa-apa jawapan mengenai individu yang dimaksudkan di media sosial tersebut.

Malah, dia juga tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang hal tersebut dan ingin membiarkan perkara tersebut terus menjadi tanda tanya.

Pelakon berusia 39 tahun itu, berpendapat bahawa cukuplah sekadar dia dan individu itu tersebut tahu tentang perkara yang sebenar.

Biarlah apa yang berlaku, menjadi tanda tanya. Yang penting ‘dia’ tahu siapa dirinya.

Minta maaf, saya tidak boleh komen atau ulas lebih lanjut.

Bukan itu sahaja, Abil juga tidak mahu mendedahkan sama ada individu tersebut bekerja di dalam industri ataupun  tidak.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×