berita

‘Biarlah Orang Nak Kata Aku Macam-Macam’ – Zul Yahya Kecewa Masyarakat Salah Anggap Niat Baik

March 9th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Bekas pelakon, Zul Yahya meluahkan rasa risau apabila melihat sikap dan cara hidup golongan remaja pada masa kini. Tambahnya, dia kecewa dengan sikap manusia apabila niat baiknya untuk membantu golongan tersebut sering disalah anggap.

Artikel berkaitan: ‘Tiada Keberkatan’ – Zul Yahya Ajak Kru Belakang Tabir, Rakan Artis Tinggalkan Industri Seni

Biarlah orang nak kata aku macam-macam

Biarlah orang nak kata aku macam-macam. Memang ilmu yang ada pada aku tak sehebat yang ada diluar sana tapi adakah itu sebagai ukuran pada kita untuk merasa adanya tanggungjawab pada agama yang kita bawa. Aku bersuara dengan tegas dan adakalanya dengan rasa marah sebab aku sayangkan agama bangsa dan negara aku. Aku takut akan berlaku perkara-perkara yang lebih dahsyat dari apa yang sedang berlaku hari ini.

Kita terlalu bersahaja dan terlalu selesa dengan cara kehidupan kita hari ini. Segalanya bermula dari kita, aku belajar dan usahakan apa yang aku faham dengan kelebihan-kelebihan kehidupan sunnah yang mana banyak memberikan kelebihan dalam hidup aku sekarang ini. Alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk merasakan perkara ini. Tapi berapa ramai yang boleh terima dan faham dengan maksud aku.

Menurut Zul Yahya, dia mendakwa masyarakat hari ini terlalu bersahaja dan selesa dengan cara kehidupan mereka. Tambahnya, segalanya bermula daripada diri sendiri. Jelas Zul, dia belajar, usaha dan faham dengan kelebihan-kelebihan sunnah yang mana banyak memberikan kelebihan dalam kehidupan sekarang ini. Namun, hanya beberapa orang sahaja yang boleh terima dan faham dengan maksud yang ingin disampaikan.

Ujar Zul lagi, dengan keadaan zaman sekarang yang semakin mencabar, dia perlu bangkitkan kerisauan yang berganda kepada masyarakat Islam yang semakin jauh dari kehidupan yang boleh membanggakan Islam dan Melayu itu sendiri.

Bukan mencari salah sesiapa

Aku bukan bermula mencari salah sesiapa tapi bila dari awal aku mengajak kepada kebaikan tapi aku dikatakan dengan pelbagai anggapan yang salah, ya. Aku bukan baik tapi jangan dilihat siapa aku tapi lihat apa yang aku maksudkan. Kita pun dah semakin kerap dengar anak gadis melacur, anak luar nikah, buang anak, kebebasan yang melampau, dadah yang pelbagai jenis, lgbt, transgender, penceraian dan baru-baru ini seorang suami yang beragama Islam sanggup menembak isterinya sendiri.

Hari ini anak-anak kita ada yang masih kecil dan remaja pasti satu masa nanti mereka akan melalui kehidupan yang lebih mencabar di masa akan datang. Kalau kita masih selesa dengan cara kehidupan hari ini apakah mereka akan mampu menghadapi dan selamat seperti yang kita harapkan. Terlalu banyak perkara-perkara yang aku lalui sebelum ini yang membuatkan aku terpanggil untuk rasa risau yang amat-amat sangat. Tak apa la aku pun bukan asal orang yang baik tapi takkanlah pengalaman buruk yang pernah aku lalui hanya dibiarkan sahaja dan biarkan ianya terus hebat berlaku.

Mengulas lebih lanjut, Zul memberitahu cerita yang dikongsikan ini tidak ada kena mengena dengan kisah budak-budak sekolah yang viral di media sosial baru-baru ini. Zul turut mendoakan semoga setiap individu mempunyai rasa tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

Sumber: Zul Yahya

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×