Pengarah dan penerbit terkenal Michael Ang menyerahkan segala urusan kepada pihak peguam berhubung tuntutan bayaran sebanyak RM500,000 daripada syarikat pengurusan Armani Entertainment.
Artikel Berkaitan: Armani Entertainment Saman Michael Ang, Minta Pulangkan RM500k
Tak ada komen
Menerusi sebuah posting di Instagram, Michael berkata, dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan telah melanggar kandungan dalam dua kontrak perjanjian kerjasama antaranya dengan syarikat berkenaan sebelum ini.
Saya tak ada komen, biar peguam jalankan tugas mereka.
Tambah Michael, buat masa ini dia sedang sibuk dengan penggambaran sebuah drama dan isu sini timbul kerana masing-masing merasakan mereka berada di pihak yang benar.
Biasalah orang atau artis kena saman. Dia orang fikir dia orang betul dan saya fikir saya betul. Jadi mula saman menyaman. Banyak lagi masalah kan Malaysia dari kes saman. He says she says!
Ujar Michael lagi, dia berasa terharu dan berterima kasih kepada peguam yang menghubunginya untuk menawarkan bantuan. Menurut Michael, dia sudah mempunyai peguam tersendiri. Ini kerana, perkara yang terjadi bukanlah sesuatu yang baru buat dirinya.
Terima kasih kepada peguam yang mesej dan mahu menawarkan bantuan guaman kepada saya. Saya hargai dan terharu. Saya dah ada peguam. Benda ini bukan baru. Terima kasih sekali lagi.
Semalam, syarikat pengurusan Armani Entertainment menuntut semula bayaran sebanyak RM500,000 daripada Michael Ang selepas pengarah itu didakwa gagal melaksanakan beberapa tugas mengikut kontrak dalam perjanjian strategik antara mereka.
Menurut Ketua Eksekutif Armani Entertainment Datuk KK Chua, tindakan tersebut diambil selepas pihaknya mendapati Micheal melanggar kandungan dalam dua kontrak sepanjang tiga tahun kerjasama mereka.
Antaranya Michael memberikan jaminan memasukkan artis naungan syarikat itu dalam dua program realiti televisyen popular dan juga tawaran sebagai pelakon utama serta pelakon pembantu dalam drama terbitan sutradara itu.
Sumber: Michael Ang