Kes jenayah terutamanya melibatkan pembunuhan seringkali mencuri perhatian masyarakat. Golongan tidak bertanggungjawab ini sanggup bertindak kejam dengan membunuh orang lain semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.
Seperti kisah yang dikongsikan seorang peguam, Sir Kamarul mengenai satu kes pembunuhan yang melibatkan majikan dan pembantu rumah. Kejadian ngeri ini dikatakan berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat di Subang Jaya sekitar tahun 2004.
Jiran dengar suara orang jerit
Polis peronda datang rumah
Menceritakan kembali kisah itu, Kamarul memberitahu pada hari kejadian si suami tiada di rumah dan berada di Kota Bharu atas urusan kerja. Sementara di rumah hanya tinggal isteri (mangsa) dan orang gajinya.
Si suami kemudian telah menerima panggilan bahawa terdapat kereta polis peronda di rumahnya. Laporan itu dibuat selepas jiran tetangga mendengar suara orang menjerit.
Tangan suspek penuh kesan darah
Si suami cuba menghubungi isterinya itu tetapi sayangnya tiada sebarang jawapan yang diterima. Dia kemudian mendail nombor telefon rumahnya untuk bertanyakan tentang keadaan si isteri. Pembantu rumah yang menjawab panggilan itu memaklumkan bahawa si isteri tiada di rumah.
Pembantu rumah kemudian menceritakan bahawa tangannya luka selepas memotong ayam dan disebabkan itu dia menjerit kesakitan.
Kereta mangsa ada di garaj
Bimbang sesuatu terjadi, si suami telah meminta pertolongan rakannya untuk memeriksa keadaan di rumah selain menyuruhnya membawa pembantu rumah ke klinik. Setibanya di sana, pembantu rumah enggan membuka pagar dan lebih mengejutkan apabila rakannya itu ternampak kereta mangsa berada di garaj rumah terbabit.
Tompokan darah di atas meja
Pelik dengan situasi itu, dia mula bertanya kepada pembantu rumah tentang keberadaan mangsa tetapi pertanyaannya itu tidak dijawab. Dia mula kehairanan melhat keadaan tangan pembantu rumah dipenuhi dengan kesan darah. Dia yang mengesyaki sesuatu telah masuk ke dalam rumah dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat terdapat tompokan darah di atas meja di ruang tamu.
Pintu tandas terbuka
Rakannya itu mula mencari kelibat mangsa dan terlihat pintu tandas rumah berkenaan sedikit terbuka. Dia cuba untuk membuka pintu berkenaan tetapi ianya dihalang oleh pembantu rumah terbabit.
Namun tanpa berfikir panjang, dia terus menolak pintu berkenaan dan melihat mangsa sudah pun terbaring dengan keadaannya berlumuran darah.
Mangsa meninggal dunia
Si suami dimaklumkan bahawa isterinya itu sudah meninggal dunia. Dia kemudian bertanya kepada pembantu rumah mengenai kejadian sebenar. Pembantu rumah terbabit mengaku bahawa kejadian itu berlaku satu jam yang lalu.
Polis jumpa dua bilah pisau
Pihak polis yang tiba di rumah berkenaan mendapati terdapat 2 bilah pisau di dalam tandas. Mereka percaya bahawa itu merupakan senjata yang digunakan oleh suspek untuk membunuh mangsa.
Suspek cerita kejadian sebenar
Menceritakan kejadian sebenar, suspek mengaku bahawa dia cuba melarikan diri daripada rumah disebabkan tidak tahan kerana dimarahi oleh mangsa. Dia kemudian mengambil lesung batu dan memukul di tengkorak kepala mangsa supaya dia pengsan. Tetapi apa yang dirancangnya tidak menjadi, mangsa tidak pengsan dan dari situlah bermulanya pergaduhan antara mereka.
Suspek berniat membunuh
Berdasarkan bukti pakar, suspek dikatakan memang mempunyai niat untuk membunuh kerana kecederaan pada badan mangsa menunjukkan dia diserang berkali-kali.
Diserang bertubi-tubi
Suspek disabitkan dengan kesalahan membunuh dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Sumber: Sir Kamarul