berita

BIG BANG, Super Junior Dan Psy Gegarkan MAMA 2012 di 8TV

November 29th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Wahhh!!!  Pastinya peminat-peminat muzik K-Pop tanah air tidak sabar menantikan kemunculan Anugerah muzik K-Pop yang memberi pengiktirafan kepada  penyanyi  K-Pop kesyangan mereka.

Mnet Asian Music Awards 2012 (MAMA) kembali untuk tahun ke-4 dan kali ini MAMA 2012 akan bersiaran secara langsung dari Hong Kong Convention and Exhibition Centre (HKCEC).

Sebagai penghargaan kepada peminat di Asia terhadap muzik K-Pop dan K-Culture, MAMA buat sekali lagi diadakan luar dari Korea iaitu di Hong Kong.

Pentas MAMA tahun ini akan dihangatkan lagi oleh nama-nama besar antaranya Psy, Big Bang, Super Junior, Sistar dan ramai lagi. Pelakon popular Jackie Chan dan penyanyi popular Taiwan Wang Lee Hom turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis Anugerah berprestij ini.

MAMA 2012 akan bersiaran pada 30 November 2012, 9.30 malam eksklusif di 8TV. Anda juga berpeluang menyaksikan artis-artis popular di acara karpet merah MAMA 2012 yang disiarkan secara langsung menerusi www.tonton.com.my jam 4.00 petang.

8TV juga boleh ditonton menerusi saluran Astro 708. Ikuti perkembangan terkini 8TV di www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts atau instagram @8TV.

Jangan ketinggalan untuk menonton Mnet Asian Music Awards 2012 di 8TV.

SKIP THIS AD ×