Macam yang korang tahu, sekarang ni Malaysia tengah alami cuaca panas dan kering hingga bulan September. Patutlah terasa sangat bahangnya. Sampai berpeluh-peluh dibuatnya. Bil elektrik pula jangan cakaplah, confirm melambung sebab asyik bukak aircond je.
Tambah-tambah sekarang kita kena duduk dan bekerja di rumah, memang tak boleh tahan. Kali ni kami kongsikan perkara-perkara yang rakyat Malaysia lakukan bila cuaca panas. Memang kreatif dan menarik betul! Korang bolehlah cuba buat.
1. “Duduk lama-lama depan peti sejuk”
“Masa kecik-kecik dulu, punyalah tak tahan panas, sampai bukak peti sejuk luas-luas lepas tu duduk depan tu lama-lama untuk sejukkan badan. Fuh, memang lega. Dapatlah sejukkan badan sekejap”.
– Syakira, 30
2. “Rumah takde air-cond, jadi kenalah DIY”
“Dekat rumah takde aircond, dengan cuaca bahang ni memang pasang kipas pun boleh berpeluh. Jadi kenalah kreatif sikit. Cara saya, ikatkan beberapa botol air sejuk dekat belakang kipas supaya angin sejuk akan diserap ke kipas. Lepas tu, memang sejuk macam aircond!”
-Shaiful, 25
3. “Balik sekolah, terus berendam dalam kolah”
“Rumah kampung selalunya ada kolah mandi. Dulu, lepas je balik sekolah, memang tak tunggu apa, terus je berendam dalam tu! Tapi sekarang dah besar, upgrade sikit, berendam dalam bath tub je.
-Nabil, 26
4. “Lumur ais satu badan”
“Saya memang tak boleh tidur kalau panas. Pernahlah satu hari tu cuaca panas sangat, saya ambil ketul ais lepas tu letak dalam baju sampai basah lencun, haa..barulah boleh tidur!”
-Colline, 32
5. “Pasang sampai 3 biji kipas!”
“Bila cuaca panas ni, pasang kipas memang tak terasa. Ada satu hari tu dah tak tahan sangat panas, saya pergi beli 2 biji kipas lagi. Lepas tu, terus on sekali semua kipas, halakan ke luar tingkap, buka full speed dan tunggu beberapa minit. Memang lepas tu udara panas dalam bilik akan keluar dan bilik korang akan terasa sejuk. Cubalah!”
-Ayu, 30
6. “Start enjin kereta, terus gerak pergi tempat sejuk”
“Sebelum PKP dulu memang kalau panas je, terus start kereta lepas tu ajak kawan-kawan serumah pergi tempat sejuk. Tak pun round taman perumahan naik kereta, pasang aircond full blast. Fuhh..memang lega”
– Nabila, 28
7. “Seminggu tidur atas lantai”
“Bila dah tak tahan sangat panas, saya memang akan tidur atas lantai je tanpa tilam lepas tu letak kipas betul-betul kat sebelah. Seminggu jugaklah saya tidur atas lantai sepanjang cuaca panas ni, lebih sejuk”
– Shawn, 34
Bila cuaca #PanasLitLit macam ini, pilihlah Sprite untuk #SegarLitLit!
https://www.youtube.com/watch?v=kE1SqEm5qXk
Buat apa susah-susah, Sprite kan ada!
Cuaca panas sangat di luar? Relaks, nikmati sebotol Sprite dengan rasa lemon dan limau untuk hilangkan dahaga. Minum pula sejuk-sejuk, perghh, memang segar serta merta!
Bukan hanya menyegarkan, Sprite juga kini lebih mesra alam dengan menukar daripada botol hijau ke botol jernih yang lebih mudah dikitar semula! Jangan risau, rupa je lain, tapi rasa tetap sama!
Jadi, apa tunggu lagi, jom dapatkan Sprite sekarang untuk menemani hari-hari panas korang!
Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Sprite Malaysia.