
Tidak dapat dinafikan, setiap pasangan memiliki kisah cinta dan perjalanan yang unik, ada yang serasi sejak pertemuan pertama dan ada juga yang mengambil masa untuk benar-benar memahami sebelum membuat keputusan untuk melangkah ke alam perkahwinan.
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Ada Sebab Kahwin Lambat
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Kongsi Tips Cari Suami Kaya, Makan Di Restoran Mewah & Main Golf
Begitulah juga kisah pelakon Atikah Suhaime dan suaminya, Lokman Teh.
‘Baru hati rasa she’s the one’

Menerusi satu perkongsian di platform Threads, seorang pengguna bertanya bagaimana Lokman yakin bahawa Atikah adalah wanita yang ingin dikahwininya.
Menjawab persoalan itu, Lokman menjelaskan bahawa pada awal perkenalan, dia sendiri tidak pasti kerana baginya rasa yakin itu tidak hadir serta-merta.
Sebaliknya, ia datang secara perlahan-lahan selepas mereka saling mengenali dalam tempoh beberapa tahun.
Secara jujur, masa awal perkenalan tu memang tak pasti adakah she’s the one. Lepas kenal beberapa tahun, nampak lah saya boleh get along dan kenal dia betul-betul. Baru hati rasa she’s the one.
Tambah Lokman lagi, perkara yang sama turut dirasai oleh Atikah apabila mereka saling mengambil masa untuk mengenali hati budi masing-masing sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
Sama juga macam Atikah, dia pun tengok saya dan kenal betul-betul, baru same feeling. Jodoh kan, tak ada sesiapa pun tahu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar pasangan ini terus bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.
Atikah sah bergelar isteri kepada Datuk Lokman Teh yang juga Ketua Pegawai Eksekutif jenama penjagaan diri Zaitun pada 21 Januari tahun lalu.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan pertama, Lyla Mulan pada 8 Mac lalu.
Sumber: Thread Lokman Teh








